Sunday, April 1, 2012

Kerana mu kekasih, gunung akan aku rentasi,

.. lautan dalam sanggup aku renangi. Begitulah ikrar setia dua jagoan selam ini.

Asalnya dicipta untuk menyahut cabaran para penyelam laut dalam, namun hari ini model tersohor ini menjadi kebanggan didaratan pula.

kalau korang perasan model-model jam berkapasiti 3000cc (300m) memang ketara berbeza dengan model 2000cc (200m). Selain struktur yang lebih teguh reka bentuk model ini bisanya lebih tampan dan gagah.

Biasanya glass lebih tebal, jarum dan marker jam lebih besar berbanding model biasa.

Seiko memang terkenal dengan model-model selamnya sesuai dengan kedudukan negaranya yang dikelilingi lautan.

Model diver keluaran Seiko sangat banyak, kalau nak kumpul semua memang tak termampu. Tapi cukuplah dengan menyimpan 7-8 ketul model lagendanya.

Harga memang agak mahal! Tapi kepuasanya melebihi harganya kerana ianya diterjemahkan dengan sempurna pada mutu dan kualitinya.

Dua model yang menjadi ikon.

Di kilangkan di Japan untuk pasaran Japan. Sementara model-model selam yang lain banyak memenuhi ruang pasaran antarabangsa.

Terlalu banyak model diver keluaran Seiko berbanding jenama lain dan tak keterlauan kalau aku katakan bahawa: 
Jam diver, istilah itu sudah menjadi milik SEIKO...

4 comments:

  1. Tuna can tu memang gagah perkasa sekali

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:50 PM

    NAK PROMOSI KE ATAU NAK JUAL TU ...

    ReplyDelete
  3. tau la ko ada tuna dengan mm bek :P, nanti aku publish aku punya MM1000m baru ngko tau.... he he, acah je....

    ReplyDelete