Friday, April 6, 2012

SANDOZ KLASIK!

Design-design macam ni dah bertaraf KLASIK, apatah lagi dengan usianya hampir setengah abad maka itu gambarnya dah boleh di abadi dalam album lama sebelah gambor-gambor lama atok-atok kita.

Sandoz tergolong dalam keluarga besar Swiss ni sebiji macam Rolex, aku rasa harganya dulu mungkin tak jauh beza atau mungkin sama.

Tapi sayang, nasibnya tak sebaik Rolex yang kini sudah pun hidup senang di banglow-banglow mewah.

Sedangkan Sandoz ni tinggal dalam 'rumah kongsi' besesak-sesak bersama jam-jam tua yang lain.

Tapi sungguh tak sangka sebaik aje nasib malangnya disiarkan di media kurapat (detikduabelas), aku menerima panggilan tangisan dari seorang penternak di selatan tanahair  yang menawarkan diri untuk menjadi cucu angkatnya.

Kalau dipegang dapat dirasakan kualiti logam st.steelnya yang tak sama dengan kebanyakan st.steel jam-jam hari ini. Ini menjadi faktor ketahanan jam-jam lama samada luaran maupun dalamannya.

Bezel agak unik, cuma alat sulitnya kecik ... mungkin dah ditukar  emmm. Tapi itu masalah kecil bagi kolektor dari selatan tu, katanya dia boleh gantikan dengan yang besar.

Kalih manapun, ia tak menjemukan.

Bezel dan dial agak bersih dan patina yang menjadi kegilaan para penternak.

Selain ini ada beberapa model lama Sandoz yang aku jumpai 'lebih' baik dari Rolex sebayanya... Aku rasa korang setuju pendapat aku ni...

1 comment: