Monday, April 16, 2012

TEST DIRVE 'TIGER' H556-5029! (RM750)

Jentera peragut nyawa kelahiran German 70 tahun dulu. Ketika itu suara enjinnya bisa membasahkan seluar musuh kelilingnya,...

...sebiji Tiger 60tan ini bisa meratakan sebuah kampung menjadi padang jarak padang bola. Namun begitu Tiger ini sangat takut pada anjing! Sehinggakan tentera German terpaksa menembak setiap anjing yang dijumpai berkeliaran. Kenapa Tiger takutkan anjing? 

Diceritakan banyak kereta kebal German dimusnahkan oleh skuad anjing anti-tank. Dimana anjing-anjing 'terlatih' pihak musuh (Russia) akan memburu tank-tank tersebut dengan berlari masuk dibawahnya berserta sebiji bom yang terikat dibadannya, suis bom akan tersangkut dibawah tank dan menjahanamkan mereka semua. 

Sebetulnya anjing-anjing yang kelaparan itu berlari mencari  tank (Tiger) kerana menyangka dibawah setiap Tiger itu ada chicken chops. Mereka dah lama dilatih begitu oleh pihak Rusia dimana mereka dibiarkan kebulur dan setiap kali dinner time mereka di ajar mendapatkan chicken chorp yang sedia diletakkan hanya dibawah model tank German itu.

Maka berbesar hati aku menganggap model Seiko ini juga sebagai 'TIGER'! 

Keliling kepala tank ada 3 muncung meriam yang berfungsi. Bezelnya sedikit calar akibat serangan peluru anti-tank yang dihala bertubi-tubi. Ini menambah haruman klasikalnya.

Dalam gelap lumi  indek menyala lagi...

Jentera era 80-an ini masih utuh terpelihara kerana  kualitinya.

Era ana-digi yang popular era 80-an dulu.

Istimewanya jam-jam gaya military ialah ia tak akan 'buruk' walau dilenjan dan disagat. Bahkan celoreng dan calar menampakkan ia lebih kelihatan 'militar'.

Istimewanya kini semua Tiger ini dah bertaraf klasik vintaj...kini model lagenda ini menjadi kegemaran para kolektor mesin-mesin ganas.

Bersiar-siar bersama 'Tiger' ditengah-tengah dunia hari ini memberikan pengalaman yang berbeza... Perbezaan yang membuat kita sedikit teristimewa....

4 comments:

  1. bek, nasib baik bukan H558-5000... kalau H558 tu bukan "tiger" tapi jam James Bond masa Seiko taja filem "A View To A Kill". Check http://www.fratellowatches.com/james-bonds-seiko-watches/

    ReplyDelete
  2. ni pun handal bekk

    ReplyDelete
  3. Adik beradik seiko arnie ni. Rare species...

    ReplyDelete
  4. Seiko Arnie bukan ke H62... tak salah aku la. Camna pun sebulan lepas Seiko James Bond ni ada sejibik kat Amcorp Mall. Taukeh yang jual tu pun tak tau... bila aku nengok H558-5000 dan bagitau dia (taukeh tu) terus up harga sampai RM900. Tapi sayang, dia punya IC ada problem so jalan tak betul. Kalau tak sure Maybank aku bolos lagiiii... he he

    ReplyDelete