Friday, March 2, 2012

Membuang masa di KLCC bersama Citizen

Bersama Citizen era 70-an yang masih panjang usia dan sihat sehingga kini, mungkin ia pun tak menjangka mampu berdetik lagi berbanding teman-teman sebayanya yang ramai dah menghembuskan napas.

Ada dua crown untuk digentel dikala kita kesunyian, crown sanggul no 4 untuk putar inner bezel.

Sabtu lepas aku membuang masa melawat KLCC melalui setesen LRT Keramat. Cuaca panas berjerebu, asap rokok warganya agaknya.

Dua putera aku tak sabar-sabar nak mengenali tempat tumpah darahnya ini, dan tempat tumpahnya gaji ayahnya huhu... "Sampai Suria KLCC nanti jilat aiskrim je tau! jangan jilat mainan mahal-mahal tau!" pesan aku dengan linangan air mata, maklum le kat sana mana ada yang murah hehe.

Crown berkembar serupa kembar KLCC tertulis 'CTZ'

Dibelakang raksasa kembar KLCC tertinggi didunia, 88 tingkat. Menara kember ini didirikan didepan mata aku tahun 1994 ketika aku hidup membujang di Kampung Baru Kuala Lumpur. Tiap pagi aku lihat binaan itu membukit, menara sebelah terpacak bendera Korea Selatan dan yang kembar sebelahnya bendera Amerika.

Lawa jam ni, ringkas dengan warna hitam putih aje.

No comments:

Post a Comment