Monday, March 5, 2012

SEIKO TV Hi-BEAT! (SOLD)

Ada yang minat jam kotak dan ada yang minat bulat pula, semua mengikut karekter pemakainya. Aku sejak berzaman memang minat jam bulat, tapi bila tangan aku mula serasai dengan jam kotak maka aku tertanya..."Apakah ada sesuatu yang berubah dalam diri aku?"

Sebenarnya setiap insan mengalami perubah diri  yang pesat fizikal maupun mental, cuma perubahan luaran (fizikal) lebih mudah dikesan seperti rambut yang hitam bertukar putih (beruban) atau rambut hitam bertukar perang..eerrr, manakala perubahan mental mudah dikesan dengan melihat perubahan pada bentuk dan warna jam ditangannya...hehe.

Kerana perubahan diri itu hampir-hampir aku tak mengenali seorang rakan lama kerana perubahan wajahnya yang  ketara berbanding dulu, mungkin dia memandang aku begitu juga hehe.    

Model 2409-3020 ini ditala enjin berkuasa automatik dan manual (kunci).

Gerakan saatnya sangat smooth....

Dah berusia tapi punggung bak telur dikupas...masih licin, mungkin ia menyimpan petua yang boleh kita cungkil-cungkil.

Bahagian lain juga tak nampak mulus.

Crown uniknya.

Jam 'kotak'...

Dalam kotak tu tersimpan enjin 2409 hi-beat!

Bagi penternak-penternak Seiko TV aku nak bagitau, TV hi-beat memang rare!

No comments:

Post a Comment