Saturday, February 25, 2012

SEIKO 6309-7049 (SOLD)

Begitulah kehidupan sekalian manusia dimuka bumi yang beranika warna menghiasi alam maya ini.  Manusia mengkagumi dirinya sendiri bahkan teruja dengan kebolehnya melalui perkataan yang kerap keluar dari mulut mereka. "Wow! canggih ini ?" atau "Wah! hebatnya itu!" atau "Ishh! kejam betul!" dan bermacam-macam lagi ketakjuban ciptaan yang lahir dari keunikan kuasa manusiawi mereka.

Jangan korang terkejut atau terpengsan kalau aku kata skru tayar lori yang jelas ini sebenarnya bersaiz...

...0.03mm aje! Tersangat halus, sehalus tugau yang suka main nyorok-nyorok di anggota kelengkang tu. Nak belek sendiri tak nampak, jadi terpaksa le mintak bantuan emak hehe...kisah masa kecik-kecik dulu. 

Tengok perbandingannya dengan sehelai pensil tu... emm sehelai? teruknya bahasa aku...

Kalau tayar pancit memang takde spanar nak bukak skru tayar tu.

Macam bas rollercoster 'Tong Foong' yang pernah aku naiki untuk berulang-alik KL-Serdang 1980-an dulu. Kelajuan di jalan berlubang-lubang je dah 120km/h, fikirkanlah kelajuan maksimanya kalau bas ni dapat masuk litar F1 Sepang. Setereng bas sama besar dengan tayarnya, batang gear panjang dekat 3 kaki, time bas bergerak kepala gear terhuyung hayang kalau tak cekap memang payah derebar nak tangkap haha.

Lori pick-up kecik gila, bagi kekawan yang suka 'melombong' aku cadangkan model ni untuk kerja-kerja mengangkut, tong belakang muat untuk angkut taik idung satu trip, jimat kos minyak...merapu marang sekunderrr hehe.

Errr...Kalau yang ni kena 3-5 kali trip kut?

Spesis skuter ni... kalau Proton keluarkan model serupa ni tentu laris, boleh guna buat ulang-alik kerja, tambah sportrim lagi cun.

2 skala berbeza... yang sebelah kanan tu kecik sangat, terpaksa pegang guna hujung jari jadi jangan sepah-sepah kat lantai, takut baby tertelan pulak...

Semua muat ditapak tangan aje. Model-model kecil begini sangat digemari oleh kebanyakan kolektor Jepun dan Hong Kong kerana tak perlu pening soal 'parking' yang terhad dan mahal dikota.

Lori kontena, halus buatanya

Dengarnya 6309-7049 ni pasaran Eropah dan Asia Barat, sukar ditemui di perairan Selat Melaka.

Kuning patina pada indek dan jarum buat ia lebih jelita.

Apa tunggu lagi!....'JAPAN' mali! (RM680-SOLD OUT!)

1 comment:

  1. San, adui rindu aku naik bas Tong Fong. patut time ni, pg2 minggu mesti kluar KL jalan2, ptg baru balek. knapa ko tak jumpa aku masa kat UPM dulu?, bole sembang2 smbl makan durian kt bukit expo tu... aku lepak sana dr. 1983-89...indahnya kenangan...kiut jgk 6309 ni hehe

    ReplyDelete