Monday, February 6, 2012

Hitam putih hari Sabtu...

Aku dah berpindah ke Sungai Buloh, dulu di Puchong kami tinggal kat rumah 8 tingkat dan kini tinggal kat rumah 2 tingkat je. "Apartment tinggi, penat naik tangga..." Begitulah peluhan hati  dan alasan isteri untuk berpindah rumah teres walaupun sebenarnya dia tak pernah guna tangga pun kerana apartment kami ada 2 buah lif yang cekap berkerja macam bas mini KL 80-an dulu. Kini di rumah teres 2 tingkat, tiap2 hari mesti merasa tangga, tertinggal kunci atau jam terpaksa pakai tangga, kalau dihitung2 rasanya dalam sehari 88 tingkat KLCC kami dah lepas...emm.

Hari Sabtu dikala kaum muslimin dan muslimat membuat persediaan menyambut raya maulidul rasul dengan selawat dan hidangan rendang, kerabu dan chicken chop, aku membuka beg koleksi  memilih jam apakah buat teman dikala berkerja keseorang di opis nanti. Setelah mendapat persetujuan ahlil keluarga aku pilih Seiko Panda!

Ciri-ciri teman sejati sangat jelas pada wajahnya, putih dan hitamnya merehatkan mata apabila dipandang.

Ketika memandu jam begitu 'terasa' di tangan, cahaya sang suria (ewahhh bahasa...) tambah menyilaukan.

Sebetulnya 2 subdial seiko panda berwarna kelabu dengan sikit kebiruan, kalau kata aku tipu cuba le korang belek dekat-dekat.

Satu-satunya model chrono yang evergreen, bahkan kalau di beri aku dua pilihan antara wang beribu dan Seiko Panda nescaya aku akan pilih wang...hehe

Bertuah sesiapa yang sempat memilikinya kerana model ini dah lenyap dari pasaran.

Peluang korang nak tengok panda mungkin datang setahun sekali, iaitu ketika para penternak berlonggok di majlis H4U aje.

Begitulah sabtu aku di opis dengan seketul jam pujaan hati buat kawan 'bersembang' haha...

Jadi, nasihat aku pada kekawan semua, bawa le seketul dua jam ketika berkerja buat tatapan dikala kelemasan di opis, kerana wajah-wajah ini bisa melelapkan seketika rasa keletihan.

3 comments:

  1. Salam Hassan. Sungai buloh kat ner..kakak aku duduk saujana....selalu aku ke sana...kalau ke sana kali ni boleh aku singgah

    ReplyDelete
  2. sri pristana, kalau ko dtg sini boleh minum2 kat sukahati restoran, belakang ace mall.

    ReplyDelete
  3. roger....kalau datang aku sms kau

    ReplyDelete