Wednesday, November 30, 2011

H4U SUNGAI PETANI MERIAH DAN GILANG-GEMILANG!!!

 Minggu lepas aku sekeluarga ke Sungai Petani hantar anak-anak bercuti di kampung Tok Wannya di Sungai Petani sempena cuti sekolah. Tok Wan bercadang nak khatankan anak aku Zuri.
"Ayah, Zuri dah sedia nak 'potong' esok, dia dah buat wasiat" kata abangnya melawak haha.

Cerita pasal berkhatan teringat aku kisah masa kanak-kanak dulu...

Sitot ni kucing aku paling manja dan sangat bertimbang rasa, tak suka ganggu orang makan, tak mencuri dan tak suka menipu. Time aku masuk tidur dia lepak sebelah katil sambil jilat-jilat tangan, kaki dan seluruh aurat antara pusat dan lututnya. 

Bila dia pasti aku dah lelap, senyap-senyap dia melangkah masuk celah kelambu... macam orang kata pijak semut tak mati, bila aku berdehem dia berhenti, bila aku senyap dia melangkah semula setapak demi setapak sehingga sampai ditengah kelengkang kaki aku, kemudian pelan-pelan dia gulung badan melingko disitu macam ulat gonggok. 

MEMBER H4U BERDEMO DI SG PETANI.
24 haribulan member-member H4U utara berlonggok secara aman di Restoran Kashmir Sungai Petani. Beberapa blogger serta otai dari Perlis, Kedah dan P. Pinang meluangkan masa dan melakar sejarah H4U buat tahun ini.

Sdr Azahari, Abg Azlan dan sdr Zahir bomoh jam yang tak asing lagi.

..dan sorang lagi yang tak perlu aku kenalkan Sdr Rasmizan bersama dua ketul tangkal Seiko MM300. 

Juga Dr Asmar yang antara peserta terawal tiba yang memberikan suntikan beracun seketul koleksi terbarunya yang membuatkan kelopak mata aku tak boleh nak katup (insyallah aku akan dedahkan).

Keluar dari poket sdr Zahir, Luminor!

Fuhhh! jangan berani-berani nak rembat la, wajah tuannya jelas kat cermin sakti Rolex Sub ni.

Jamuan tengahari dah sampai...

Aku tak tau apa perasaan Rasmizan bila Omega ni memeluk tangannya, rasanya dekat 1 jam tangan dia ni dok keras cam tu la hehe...

Dah habis 3 dulang jam kita ratah rasa tak cukup pulak, tiba-tiba bangla restoran disitu hulur seketul Rado tanpa crown dan marker dial yang lama dipakai dan disimpan! Sayang aku lupa nak tangkap gambar....

'Tongkat' ajaib utz Wafee senyap-senyap keluar menjalar tengah meja...

...habis semua ditelannya hehe, kemunculan Rolexnya membuat meja restoran ni tambah menarik.

Dua Omega Speedmaster ini turut hadir dalam pertemuan H4U SP kali ini, insyaallah aku akan paparkan aksi-aksi panasnya kemudian. 
HIDUP H4U!!!

Sunday, November 27, 2011

INFANTRY!

Victorinox Swiss Army (Infantry) ini lebih keras dan gagah peranannya.

Di salut warna-warna seram dunia ketenteraan yang mahir dalam penyamaran.

Sembunyi dalam kubu nampak?... "Keluar! Kalau tidak aku bedil!"...

...Hah, keluar pun.

6 batang jarumnya digerakkan oleh enjin quartz (Swiss) yang sememangnya cekap mengemudi jam chronograf military sebegini, lasak dan tepat!

Malam dial meriah dengan cahaya terang jarum dan indek luminusnya

Jarum berbentuk pedang dan tombak... aku suka bentuk jarum sebegini... Dempak, besar, panjang nampak seimbang.

Strap zulu ngam nih...

Haha nampaknya jam perang ni mengubah hayun tangan aku! emmm...
>Terimakasih sahabat disana yang bermurah hati memberi izin aku menguji ketangkasan koleksi terbarunya ini, terimakasih pak!

Wednesday, November 23, 2011

SUMO! (RM1,800)

SUMO! Gempal! Kalau nak tau sondolan berbisanya korang kena pegang sendiri...

Setakat tengok gambar ni mungkin dada tak goncang. Nak tau biar tangan sendiri aje yang cerita. 

Sumo oren ni memang segak dengan rantai besi, kerana gabungan warna hitam bezel dan oren dialnya sangat bengis dan garang.

Model diver ini  digelar SUMO kerana keseluruhan saiz elemennya yang besar, terutama casing, font bezel, jarum dan marker indeknya, begitu juga bahagian lugnya tebal.

Jarum 'KL Tower' (berbentuk 'Menara Kuala Lumpur').

Alat sulit Sumo memang kontot tapi mudah digentel.

Dalam kedudukan mengiring kelihatan nampak bezel terbenam dalam lipatan perutnya (casingnya laa).

Dan yang paling best model diver ini warga tulin JAPAN!

Monday, November 21, 2011

Ayah! kawan kita curi duit kita lagi!...

Aduan rakyat anak aku (tahun 1) mengadu yang duit sakunya kerap dirembat kawan sekelasnya. "Siapa dia? Tunjuk kat ayah.", mulanya dia takut nak tunjukkan aku kawannya tu, tapi bila aku desak dia bawa aku dibelakang pondok pengawal, disitu ada seorang budak lelaki sedang bermain... "Dia nilah yang curi." kata anak aku senyum-senyum sambil tuding jari, kawannya tu diam dan tundukkan muka, aku perhati wajahnya yang kehilangan senyum, tiba-tiba aku jatuh kesian. Ya.. rupanya naluri kebapaan aku tak tergamak melihat wajah sicomel sedih begitu.

Menguris hati... terdetik dihati anak itu mungkin kesekolah tanpa duit belanja, mungkin kelaparan membujuk dia mengambil/mencuri duit kawan sekelasnya. Mengajar anak dengan mengatakan mencuri itu salah/dosa itu adalah ugama! Tapi kita lupa bahawa memberi makan/minumnya juga adalah ugama, inilah 'bimbingan' ugama yg selalu kurang sehinggakan nafsunya disorong kepada perbuatan itu. 

Lekanya aku membelek setiap detik yang ditalu jentera Tag Heuer ni.

Lama aku renungi namun tak temui sebarang tarikan melainkan... kemewahan. Mewah!.. iaitu mewah dengan kehalusan binaanya.

Sangat disenangi tangan.

Tapi bagi aku jam-jam mewah sebegini bukan dicipta untuk dipakai, tapi untuk dipandang dan dibelai.

Berkulit hitam, namun bibir merahnya menodai perasaan.

Dimanapun dia berpaling semua indah sahaja...

Tag Heuer... Terimakasih yang empunya kerana sudi berkongsikan disini...

Wednesday, November 16, 2011

"Siapa rambut panjang tu?.." KISAH BENAR MENGERIKAN!


Peristiwa ngeri ini berlaku hampir 2 tahun sudah. Jam 10.00 malam Azif datang ke rumah aku, nak jumpa Izan katanya. Seperti biasa dia parking kapcainya bawah pokok rambutan depan rumah aku yang di kelilingi kebun kelapa sawit dan pokok getah.

Sementara menunggu Azif duduk di sebuah pondok kecil bawah pokok rambutan sambil menghisap sebatang rokok. Pondok kecil berhampiran parit ini memang tempat bapak aku lepak setiap petang setelah pulang mengayuh bechanya.

Keadaan agak sejuk dengan baki-baki cahaya dari sebatang tiang lampu dipenjuru jalan menyuramkan suasana malam.
Izan pun sampai dan mereka duduk salingberdepan dipondok sambil berbual-bual sambil diselang-selikan beberapa batang rokok. Lampu rumah sebelahan dah lama padam kerana masuk tidur sedangkan mereka masih melekat disitu.

Sedang mereka bersembang alih-alih Azif dengan nada pelahan bertanya... “Izan, siapa rambut panjang kat belakang tu?”, apa lagi...Izan terkejut dan terkecut tanpa menoleh kiri, kanan apatah lagi belakang dia terus tengok jam di tangan “Errr... ehh. dah pukul satu pagi la, err jom balik la” ...dengan agak gugup.

Sambil berjalan ke motosikal Azif bisik pelahan ketelinga Izan mengatakan dia nampak ada ‘benda’ rambut sangat panjang lalu di belakangnya tadi!

Haha..seram, memang seram. Lembaga hitam memang menyeramkan...
 
Tungguuu! 

Sunday, November 13, 2011

JUNKERS W33 (RM1250 NOS!)

Jam military sangat mesra dengan siapapun pemakainya.

Rekabentuk ringkas, mudah dan selesa menjadikan ia kelihatan lasak.

Strap kulit originalnya berlapis-lapis gagah memeluk tangan.

Wajah ayu... sekali pandang lenyap seketika masalah pejabat yang menghurung kepala.

Enjin Swiss...

Casing ditempa dari logam tatinium, ringan!

NOS! (NEW Old Stock)

Friday, November 11, 2011

Memerhati ke dalam suatu kalimat...

 Bagaimana memerhati kedalam suatu kalimat yang terkandung hikmat atau kebijaksanaan? Inilah yang lama aku renungi dan terus termenung... Kalimat boleh jadi berwajah tulisan/ayat, perkataan, amal/perbuatan atau isyarat.

Aku teringat cerita 'Musang Berjanggut' lakonan P.Ramlee, kisahnya Sultan negara Pura Cendana mahu puteranya Tun Nila Utama berkahwin agar kesultanannya ada pewaris. Tapi Nila Utama enggan dikahwinkan dengan anak gadis para bangsawaan pilihan ayahndanya kerana menganggap semuanya adalah 'betina' dan bukannya 'perempuan'.

Dengan itu dia dihalau keluar istana dan merantau mencari calun isterinya sendiri dengan membawa satu uncang yang didalamnya mengandungi beras, bawang putih, cili kering, garam, bawang yang bercampur.

Dalam perantauannya dia akan singgah dibeberapa desa dan menumpang rehat di rumah penduduk daerah yang mempunyai anak gadis sunti. Sebaik beramah mesra dengan tuan rumah Sang Nila Utama yang menyamar sebagai hamba rakyat biasa mengeluarkan uncang meminta si gadis memasaknya isi bahan didalamnya yang bercampur, ramai gadis yang tak sanggup memasaknya haha aku pun tak sanggup.

Akhirnya beliau singgah diteratak sebuah keluarga miskin setelah beramah mesra dia mengeluarkan uncang tersebut, tanpa komen si anak gadis tuan rumah membawa memasak dan menghidang makan dari bahan yang terkandung dalam uncang itu, mungkin bubur nasik kut? kalau tak pun nasik beryani haha, kerana kepintarannya itu Sang Nila memilihnya sebagai calon isterinya.

Begitulah caranya Sang Nila mencari calon isterinya dengan seuncang beras. Uncang tersebut adalah 'kalimat' yang mengandungi hikmat tersendiri. Maka seorang gadis yang sanggup memasaknya memiliki ciri-ciri hikmat iaitu SABAR/BIJAK untuk mengasing bahan didalamnya sebelum memasaknya menjadi hidangan yang sedap.

Untuk itu ugama mendidik insan berfikir secara hikmah/t. Tanpanya seorang tidak mengenali KAYA tanpa harta dan tidak mengenal KUAT tanpa senjata, kerana semua kalimat yang kaya dialam fana ini 'jadi miskin' apabila dipunggut ia oleh akal fikiran kita yang miskin juga...emmm aku teringat kisah dua keluarga tertukar bayi dimana bayi hartawan membesar serba kurang dipeliharai oleh keluarga miskin, sementara bayi si miskin membesar selesa dipeliharai si keluarga kaya...

Orient 40th Anniversary ini sangat terkenal 40 tahun dulu, kini ia dilahirkan semula sempena mengenang lagenda manis yang pernah diciptanya dulu.

Bahkan model kelahiran semula ini ada penambahan yang menjadikan ia lebih baik dari model awalnya, iaitu screw pipe pada semua bahagian crown dan butangnya agar ia menepati kuasa selaman 200m tanpa ragu.

Cal. 469 tertera pada muka...itu bermakna ia antara caliber terunggul Orient tau!

Sangat besar tapi tangan kecil aku masih selesa memegang dan memakainya, tapi aku tak pakai pun hehe...

Di zamannya dan pencabarnya adalah model Seiko 6105 ni, kira pertarungan hebat dua jaguh ketika itu.

Emm bila pula Seiko 6105 akan ada model anniversarynya pulak? hehe

Thursday, November 10, 2011

PRGHHH! PRG 250 BERBISA!

Sebaik sampai di pejabat aku ditunggu oleh 2 penternak Casio bro Amos dan bro Shen. Mereka berdua ni memang pemburu tegar beberapa model popular yang ada antaranya sukar diperolehi dipasaran Malaysia.

Mereka berserta barisan G7900 yang aku bawa khas dari Selatan. Model ni paling selesa dipakai maka tak heranlah mereka sanggup kumpul lebih buat koleksi kenangan nanti, terimakasih bro!

Bersama aku juga PRG terbaru! Model canggih ini sangat digeruni kerana mampu menghidu keadaan cuaca sekelilingnya! Barometer, altimeter, thermometer, moon data, tide data, compas dan macam-macam lagi!

Bezel kompas boleh diputar dan direka dengan bentuk yang menarik, sungguh mengoda model terbaru ni kerana ada elemen steel body casenya, jadi tak le terlalu 'plastik'.

Kalau korang minat memancing prg 250 sesuai dibawa ke lubuk manapun.

Jangan risau tentang bateri kerana ia menyerap sumber tenaga dari bintang paling hampir dengan planet kita iaitu matahari.

Dicipta buat mereka yang terdedah pada aktiviti luar.

Tak sabar nak memeluk tangan hehe.

Kompasnya sangat berguna bagi muslim menentukan arah kiblat yang betul.

Sebagaimana telefon bimbit yang kini bukan lagi sekadar telefon maka jam ini bukan setakat jam semata-mata haha...maka selain telefon bimbit, kini PRG250 ni suatu yang mesti sebelum kita keluar rumah! (RM760)