Thursday, November 10, 2011

PRGHHH! PRG 250 BERBISA!

Sebaik sampai di pejabat aku ditunggu oleh 2 penternak Casio bro Amos dan bro Shen. Mereka berdua ni memang pemburu tegar beberapa model popular yang ada antaranya sukar diperolehi dipasaran Malaysia.

Mereka berserta barisan G7900 yang aku bawa khas dari Selatan. Model ni paling selesa dipakai maka tak heranlah mereka sanggup kumpul lebih buat koleksi kenangan nanti, terimakasih bro!

Bersama aku juga PRG terbaru! Model canggih ini sangat digeruni kerana mampu menghidu keadaan cuaca sekelilingnya! Barometer, altimeter, thermometer, moon data, tide data, compas dan macam-macam lagi!

Bezel kompas boleh diputar dan direka dengan bentuk yang menarik, sungguh mengoda model terbaru ni kerana ada elemen steel body casenya, jadi tak le terlalu 'plastik'.

Kalau korang minat memancing prg 250 sesuai dibawa ke lubuk manapun.

Jangan risau tentang bateri kerana ia menyerap sumber tenaga dari bintang paling hampir dengan planet kita iaitu matahari.

Dicipta buat mereka yang terdedah pada aktiviti luar.

Tak sabar nak memeluk tangan hehe.

Kompasnya sangat berguna bagi muslim menentukan arah kiblat yang betul.

Sebagaimana telefon bimbit yang kini bukan lagi sekadar telefon maka jam ini bukan setakat jam semata-mata haha...maka selain telefon bimbit, kini PRG250 ni suatu yang mesti sebelum kita keluar rumah! (RM760)

3 comments:

  1. bro hasan...klu nak tgk kiblat hala ke mana bro?

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:24 PM

    pastikan jarum kompas menunjukkan bacaan 292 dulu, lepas tu kiblat ditunjuk pada angka ' pukul 12', kalau kompas rosak tengok siling, ikut sticker signboard arah kiblat hehe

    ReplyDelete