Tuesday, November 8, 2011

Melaka kota sejarah...

Kelmarin aku bawa gerombolan anak-anak ke Melaka Bandaraya Bersejarah, sampai di Air Keroh aku dapat sms dari seorang penternak jam Utz Firdaus yg memang berasal dan betapa lama di situ...

Awan rahmat  berserta hujan rahmat mencuci setiap petang bumi Melaka ni, silapnya aku pakai jam Junkers yang tak biasa dengan iklim sebegin. Pakai tali kulit? memang tak suka air..

Sebaik keluar dari kereta anak-anak aku serbu senjata berat ni! Ish...kalau amerika tau tentu Melaka sasaranya selepas Iraq, Meriam ni terletak berhampiran gereja merah atau Christ Church Melaka yang dibina tahun 1753 iaitu 101 tahun selepas Portugis menawan Kota Melaka. Teringat aku pantun Melayu lama...
Kalau runtuh Kota Melaka
Papan di Jawa kami bawakan
Kalau sungguh bagai di kata
Nyawa dan badan kami serahkan.

Begitulah korban yang sebenar-benar hariraya korban macam korbannya seekor ternakan dimana nyawa daging dan tulangnya diserah semua buat tuannya. Apakah ibadah korban kita terhadap rabbuljalil setanding itu?

Kagumnya, walaupun lebih 400 tahun bumi ini dibawah penjajahan barat Portugis dan Inggeris namun Melayu kekal Islam sehingga kini, sedangkan dulu sistem pendidikan jauh lebih daaif lagi.

Bersiar-siar di Jonker Walk, gerai sekeliling lorong didepan maupun belakang kedai. Letih wooo...

Dicelah lorong aku terserempak scrembler lama ni... Tahun 70-an sangat digilai! Kalau lalu kat jalan kampung mesti dipandang orang di warung. Kerana kegilaan itu basikal mak aku jadi mangsa, mudguard tayar aku kasi tinggi macam secrembler haha... masak kena bebel.

Sungai Melaka yang terkenal di seluruh dunia, disini nadi perdagangan timur dan barat suatu ketika dulu... dan disini juga aku bertemu Utz Firdaus, terimakasih kerana sudi bersua wajah walaupun beliau terpaksa meredah kesesakan cuti hujung minggu, sedihnya terlupa nak tangkap gambar kami berdua disini...emmm

Setelah penat berkeliaran di Melaka aku pulang ke Muar berehat sambil melayan lagu melalui corong antik ni hehe...

Malam jam 10 malam Ryhmee dari Variasijam bertandang sorang-sorang untuk meminang 'anak dara' aku. Tak ikut adat pun, kalau ye pun bawak le wakil lelaki berserta sirih junjung dan 2-3 dulang. Tapi dia bawa sedulang jam kira ok laa..haha.

6 comments:

  1. hehe, dulang takde, lepas tu meminangnye direct terus

    ReplyDelete
  2. Budak2 muda sekarang memang macam tu, tak ikut adat! Ha ha ha!

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:11 PM

    betul tu man, kalau kambing di ikat pada tali maka kita manusia di ikat pd adat. Duit hantaran tu gubah le cantik2 jadi masjid puterajaya baru cun, ini main sorong bawah meja aje ishh

    ReplyDelete
  4. hehehehehe..sekarang zaman direct saja

    ReplyDelete
  5. bukan direct tu... gelojoh hehehehe

    ReplyDelete
  6. Mana bole tahan beb ikut adat... Lambat.. Haha

    ReplyDelete