Wednesday, November 30, 2011

H4U SUNGAI PETANI MERIAH DAN GILANG-GEMILANG!!!

 Minggu lepas aku sekeluarga ke Sungai Petani hantar anak-anak bercuti di kampung Tok Wannya di Sungai Petani sempena cuti sekolah. Tok Wan bercadang nak khatankan anak aku Zuri.
"Ayah, Zuri dah sedia nak 'potong' esok, dia dah buat wasiat" kata abangnya melawak haha.

Cerita pasal berkhatan teringat aku kisah masa kanak-kanak dulu...

Sitot ni kucing aku paling manja dan sangat bertimbang rasa, tak suka ganggu orang makan, tak mencuri dan tak suka menipu. Time aku masuk tidur dia lepak sebelah katil sambil jilat-jilat tangan, kaki dan seluruh aurat antara pusat dan lututnya. 

Bila dia pasti aku dah lelap, senyap-senyap dia melangkah masuk celah kelambu... macam orang kata pijak semut tak mati, bila aku berdehem dia berhenti, bila aku senyap dia melangkah semula setapak demi setapak sehingga sampai ditengah kelengkang kaki aku, kemudian pelan-pelan dia gulung badan melingko disitu macam ulat gonggok. 

MEMBER H4U BERDEMO DI SG PETANI.
24 haribulan member-member H4U utara berlonggok secara aman di Restoran Kashmir Sungai Petani. Beberapa blogger serta otai dari Perlis, Kedah dan P. Pinang meluangkan masa dan melakar sejarah H4U buat tahun ini.

Sdr Azahari, Abg Azlan dan sdr Zahir bomoh jam yang tak asing lagi.

..dan sorang lagi yang tak perlu aku kenalkan Sdr Rasmizan bersama dua ketul tangkal Seiko MM300. 

Juga Dr Asmar yang antara peserta terawal tiba yang memberikan suntikan beracun seketul koleksi terbarunya yang membuatkan kelopak mata aku tak boleh nak katup (insyallah aku akan dedahkan).

Keluar dari poket sdr Zahir, Luminor!

Fuhhh! jangan berani-berani nak rembat la, wajah tuannya jelas kat cermin sakti Rolex Sub ni.

Jamuan tengahari dah sampai...

Aku tak tau apa perasaan Rasmizan bila Omega ni memeluk tangannya, rasanya dekat 1 jam tangan dia ni dok keras cam tu la hehe...

Dah habis 3 dulang jam kita ratah rasa tak cukup pulak, tiba-tiba bangla restoran disitu hulur seketul Rado tanpa crown dan marker dial yang lama dipakai dan disimpan! Sayang aku lupa nak tangkap gambar....

'Tongkat' ajaib utz Wafee senyap-senyap keluar menjalar tengah meja...

...habis semua ditelannya hehe, kemunculan Rolexnya membuat meja restoran ni tambah menarik.

Dua Omega Speedmaster ini turut hadir dalam pertemuan H4U SP kali ini, insyaallah aku akan paparkan aksi-aksi panasnya kemudian. 
HIDUP H4U!!!

6 comments:

  1. Aku baru dok edit gambo.. mmg best perjumpaan kali ni.. walau tak seramai H4U thn lepas, tp cukup meriah suasananya... Perjumpaan yg berjaya!

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:17 PM

    Aku teracun ngan samurai Ti sebelah tu.. adoi!!
    ~sukajam~

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:23 PM

    dah 2 penternak berak2 kerana keracunan hehe...

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:43 PM

    kalau dah jemu dgn Dalil & Panda Negro tu calling calling la haha

    ReplyDelete
  5. telan liur tgk satu satu gambar..hoho

    ReplyDelete
  6. bekkk... dua hari lagih hari ulangtahun H4U yang pertama, tiup lilin atas jam...

    ReplyDelete