Saturday, October 15, 2011

WARUNG KAYU DI TENGAH HUTAN!..

TISSOT SEASTAR SEVEN...sebelum tu...


Hehe... aku terkenang kisah 18 tahun dulu iaitu etika aku tinggal dirumah bujang bersama kawan-kawan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Aku bersama kawan serumah sewa van untuk melawat seorang kawan di Kelantan. Penuh satu van kami bertolak jam 9.00 malam. Sekitar jam 2 pagi dilaluan sunyi sepi tiba-tiba tali perut aku macam dipulas-pulas.  Sebenarnya dah berjam-jam aku bertahan tapi kali ini aku terpaksa minta abang Din berhenti dimana-manapun asalkan ada jamban! Dah tak tahan sangat nih!

Akhirnya aku nampak satu warung tepi jalan dan minta abang Din berhenti, dengan sebotol air aku melompat keluar mencari tandas disitu. Dalam keadaan agak gelap aku nampak tandas jauh dibelakang warung. Tandas kayu yang tak sempurna dikelilingnya semak, Aduh...sakit punya pasal aku terus mencangkung aje didalam! ular maupun jembalang aku tak pedulik dah.

Selesai melepas aku melangkah masuk ke van, semua masih tidur sementara abang din menyandarkan kepala dikerusi pemandu, setelah van bergerak dari jauh aku pandang semula kebelakang melihat warung tadi, masyallah...  rasa seram pulak! Hanya pokok-pokok dikelilingi semak samun! Mana warung usang tadi? Baru terfikir, kenapa ada warung di tengah-tengah 'hutan' ni? Sampai sekarang aku dan abang Din tak tau nama tempat tersebut.

Tapi aku dengar ada pemandu yang sempat makan 'mee bungkus' disitu, kelihatannya dia pelanggan terakhir sebelum tuannya tutup warung, tapi setelah bayar dan masuk ke kereta dia terasa keliling gelap gelita, warung itu pun tak kelihatan langsung, yang nampak hanya pokok dan semak samun  sekeliling!

Hehe... aku teringat kisah kawan aku Man Kurapat yang melalui pengalaman masam serupa aku. Selesai melepas baru dia teringat air nak buat cuci, kepala paip tak jumpa dalam jamban kayu tu, jadi terpaksalah kami hulur batu yang ada disekeliling untuk dia beristinjak. "HADOI!!!" tiba-tiba menjerit sambil melibas-libas punggung, tak perasan time beristinjak keluar banyak semut dari batu tu hehe...

Tissot Seastar Seven ni milik seorang kawan jam. Aku layan ketika minum petang bersamanya.

Cantik dan menarik bila diikat ditangan.

Design vintage sangat nyaman dipandang mata. Warnanya semakin teduh, kelusuhannya itu mententeramkan pandangan...aduhaii

3 comments:

  1. Hampeh! Lawak gila.. Hahahaha....

    Tissot tu lawa la bang

    ReplyDelete
  2. beek: ko wat perut aku sakit tgh2 mlm ni, ketawa sorang2 sampai bini aku ckp "giler ape tawa sorang2" pas ni gerenti aku x berani berenti memburas tepi hutan di tgh mlm.... seram gak lepas baca citer ko ni

    ReplyDelete
  3. San, diorang makan mee bungkus ke makan cacing bungkus?

    ReplyDelete