Tuesday, September 6, 2011

Hati ku dig-ORIS...

20 tahun lamanya aku mengidamkan sebutir jam bernama ORIS menjadi sebahagian keluarga aku, tapi tak pernah tercapai kerana hampir seluruh modelnya dipasaran tak digemari oleh lengan aku yang slim dan lasak ni atau dalam bahasa kasarnya "ia tak mampu meracuni aku".

Tapi bak kata orang-orang tua 'kalau dah jodoh tak kemana'...

Emm teringat aku cara orang-orang dulu menentukan jodoh... Semua atas pilihan orang tua supaya harta berupa tanah, kebun getah atau dusun durian (dan mungkin juga jam tangan hehe..) kekal dalam warisan suku sakat keluarga, begitulah cara orang-orang dulu menguatkan 'kabilah'nya. Tapi yang lebih uniknya ada pasangan mempelai tersebut hanya bersua pertama kali pada upacara menyarung cincin... Tak sepertimana sebilingan muda-mudi hari ini, melalui gambar-gambar (profile) FB aje cinta dah mula berputik dan berbuah, namun risikonya canggih jugak.  

Cinta aku pada Oris pertama kali berputik ketika aku bersiar-siar disebuah butik jam. Dari beratus yang di imbas mata Oris Big Crown Date Pointer inilah yang melibaskan silauan cahaya. Sekali pandang kelopak mata aku tak boleh dikatup lagi...sudahhh

Kehalusan gigi ring yang memantulkan kilauan cahya yang dahsyat. Baru aku tahu keistimewaan ring 'gonggok' ni!

Menurut otai Bro Radzi, Oris merupakan pelopor pertama 'date pointer' ni dimana indek haribulan berada disekeliling dial, mudah nak menganggar tarikh tertentu dalam sebulan dengan hanya memerhatikan kedudukan jarum merahnya.

Ring 'ulat gonggok' membuatkan muka jam kelihatan kemas umpama misai tebal yang membuatkan wajah garang dan tampan.

Dan yang semestinya adalah 'classic military' yang menjadi kegemaran aku sejak zaman berzaman lagi.

Big crown, memudahkan ia digentel dengan tangan bersarung.

Jam military memang segak berwajah gelap dengan indek luminos kehijauan.

Ciri klasik pada jarumnya.

Jam klasik sebegini tak mudah dicabar oleh perubahan zaman. Berbanding sesetengah model lainnya yang mudah terkambus oleh pendatang baru saingannya.
Biarpun kedai ini mempamerkan hampir semua model terbaru Oris termasuk date pointer namun model sebelumnya ni lebih menonjol dari sekalian yang lainnya! Bahkan hanya menemui 3 spesis serupa ini dalam  GOOGLE imege!

Bandingkan sendiri model terbaru dikanannya tu.

Wajah yang meng-ORIS perasaan...Jiwa tak tertahan.
Kerananya terpaksa ia aku bawa pulang buat santapan mata.

8 comments:

  1. kongsi ilmu: tujuan Oris bikin "Big Crown" tu untuk memudahkan 'pilot' atau juruterbang yang pakai 'glove' atau sarung tangan mengoperasikan jam nih dengan lebih mudah... kebanyakan pointer date watch guna ETA 2836 (4 hands operation) tapi jenis Oris nih dia modified ETA 2824-2...

    ReplyDelete
  2. ...lupa! cuba korang nengok jam Dunhill Pantagraph... lari banyak jarum, all centre wheel, syurrrr

    ReplyDelete
  3. Mmg lawa la jam ni.. Tambah2 kalau saiz besau camni. Dok jumpa byk yg medium size

    ReplyDelete
  4. patut ko lama cuti...ni lak buah tangan yg ko dapat...ciss tahniah la...

    ReplyDelete
  5. San, ada nikmat ke menggentel dengan tangan bersarung?

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:41 PM

    Haha...pakai sarung la, takut batal air sembayang emmm hehe -timur

    ReplyDelete
  7. kat kedai..brapa eh harganya

    ReplyDelete
  8. saiz biasa rm3.9K rasanya. Tapi model XXL mcm ni dah pupus

    ReplyDelete