Friday, September 9, 2011

SUATU HARI DI HARI RAYA BERSAMA ZILA...

Hari raya ke-4 aku ditemani zila dalam pemanduan 5 jam ke utara.

Dimanapun berada zila sentiasa mengepit tangan aku dengan kemas. Comel...saling tak tumpah macam lesung batu (buat sambal belacan).

Sebut pasal belacan terkenang kisah kecik-kecik dulu.  Pantang dengar bunyi periuk didapur Sitot anak beranak belari serbu ke dapur, dan kebiasanya tengahari selepas emak selesai masak mereka lepak di dapur tidur baring keliling tudung saji. Time aku makan nasik mereka mengecek dengan mengiau-ngiau mengerumuni aku, sehinggakan aku terpaksa pindah randah ketika makan. Tak tau mana lagi nak sembunyi akhirnya aku makan nasik dalam tudung saji je hehe.... terus mereka senyap, bengang kat aku kut? hehe.

Aksi manja zila ketika kami bercanda di hentian berhampiran trowong Menora lebuhraya utara-selatan. Kemusykilannya... Kenapa zila menjadi pilihan aku bergaya dan beraya di kampung?

Sedangakan hampir 3 tahun Zila tak mendapat perhatian dan kasih sayang aku. Aku hampir melupakannya walaupun dulu dia satu-satunya wajah yang menjadi iguan aku sehingga sanggup perhabis RM1.6K dengan penuh redha. Err...Sebenarnya Zila aku tinggalkan kerana strap asalnya tak aku gemari, keras dan terlalu mengongkong tangan, mungkin ia sesuai untuk tugas sebenarnya tapi tak sesuai untuk aku bawa bersiar-siar atau ke pejabat. 

Lama juga aku fikirkan apakah strap yang selesa bagi menggantikan strap getah asalnya dan yang utama membuat ia lebih menarik supaya hubungan kami bertaut kembali. 
Akhirnya...Inilah hasil dari sedikit sentuhan kreatif yang memberi banyak kelainan.

Aku mengantikan strap rubber dengan tali kulit yang telah aku ubah suai.

Tali kulit yang baru dibeli aku lanyak, supaya kelihatan calar dan berparut.

Maukan sedikit perisa ganas aku lubangkan pada pangkal strap supaya 'tulang' (pin lug) nampak menerusinya, nampak macam kesan tembak la konon-kononnya.. baru le nampak ganas dan boleh mengganas! Proses melusuh tali baru kena hati-hati juga supaya ia kelihatan seolah-olah dari kesan hakisan semulajadi (natural). Silap perkiraan tali terpaksa dibuang aje huhu. Yang pasti strap kulit berwarna brown-oren lebih berjaya menunjukkan kesan lusuh berbanding hitam.

Gaya lusuh membuatkan jam ni kelihatan lasak keterampilannya.

Harus di ingat, kesan calar/lusuh hanya dibuat pada strap jam aje, jangan tempah maut dengan mencalarkan body jam pulak.

Nak lusuh lebih natural korang perlu memakainya berbulan-bulan, kalau boleh sampai kulit jam dan kulit tangan berkulat.

Zila membezakan dirinya dengan jam-jam diver yang lain menerusi bentuk badanya yang unik, bulat macam donat. Dengan tali kulit tebal dan mengerutu ini menambah daya tarikan yang tersendiri. Namun apa pun, terserah pada selera masing-masing.

Kerana apa yang sedap bagi kita tak semestinya sedap bagi yang lain...err betul bobot?
"Baaiiiiikkk" jawab bobot ketika aku beraya dikampung kelmarin.

6 comments:

  1. lubang kat pin tu mcm npk kena kerip lipas la san...klasik. ;lgpun bobot dah brtmbah pandai dgn perkataan baru...baikk bek baikk hehe

    ReplyDelete
  2. Jam yang tak pernah saya minat sebelum ni...tapi tulah, kalau dah banyak kali tgk, jatuh cinta dibuatnya :) tmbh2 lps tahu yg tali boleh tukar ke kulit...

    ReplyDelete
  3. ...memang memberikan inspirasi untuk....

    ReplyDelete
  4. Mmg lawa la bila pasang adapter tu.. kena plak dgn tali kulit ala2 vateran perang tu.. mmg masyuk....

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:03 AM

    mmg lawa... oghang umah aku kata dia nampak zila aje, emm aku dia dah tak perasan ke?...-timur

    ReplyDelete
  6. kat mane ade jual bro jam zila ni merata cari tak jumpa pon..dah lama teringin nak angkat tapi tak jumpa...

    ReplyDelete