Friday, September 23, 2011

Bergaya melihat waktu...

Kata kawan aku " Nak tengok waktu jam RM10 pun dah ok, tak perlu bazir beli yang mahal-mahal?"...Korang setuju?
  Bila tengok dia pakai Kia Forte, macam nak tanya dia balik "Sekadar nak pergi balik kerja viva tak sampai ke? Kenapa bazir beli kereta mahal2? Siap sport rim rega beribu, rim ratus-ratus RM roda tak pusing ke? Ahh..selera tekak masing-masinglah.

Hobi mengumpul jam ni samalah juga dengan aktiviti hobi-hobi lain yang memakan belanja dan masa. Biasanya ramai kolektor pandai mengurus hobinya apatah lagi jika seleranya semakin mahal. Ada sesetengah penternak yang membuat akaun bank khas untuk tampungi kos minatnya, suatu tindakan yang baik demi memanjangkan usia hobinya.

 Model ini memberikan gaya istimewa setiap kali aku mengangkat tangan melihat waktu.

Nautica Worldtime model 2005 kalau tak silap aku. Jam digital elektronik dimana masa/waktu sesuatu bandaraya ditunjukkan oleh jarum-jarum yang bergerak secara automatik mengikut zon/bandaraya yang dipilih. Tengok tu, jarum minit/jam bergerak bagi menunjukkan waktu bandaraya pilih.

Tak seperti jam biasa crown boleh ditekan seperti butang jam digital untuk light/set/fwd/bwd. Canggih. Melihatkan pada indek bertingkat-timgkat pada muka dialnya mungkin ada beberapa fungsi lain yang tak aku ketahui kerana kitabnya dah lesap.

Bezel ringkas dan teguh serta boleh diputar mirip jam diver.

Saiz jam besar dan lebih tebal daripada Seiko diver SKX.

Bezelnya tebal terbenam separuh dalam casing. Kebanyakan rekaan jam Nautica cantik, dan semua yang aku jumpa pakai bateri...

Lama juga aku fikir sebelum membelinya, apakah membazir tabur $$$ untuk jam ni? Ahh... Cantik, gagah, lasak, unik itu semua harga dan berharga bukan?
(RM500-NOS!)

3 comments:

  1. cantik jam Nautica ni kawan. korang ni geng arwah abah & aku suka kumpul jam. cuma skrang dh stop. seronok tgk org display jam2 ni. hebat2. :)

    ReplyDelete
  2. Bagai mana cara stel waktu..sitiap berapa jam mati gak tau gimana lagi cara pakai nya

    ReplyDelete
  3. Nautica worlstime 2005 zon apa yang bisa dipakai untuk indonesia

    ReplyDelete