Korang pernah dengar mercun lidi? Sejenis mercun terlaris dimusim perayaan tahun 70/80an dulu. Bentuknya serupa satay cuma berbeza cara membakarnya. Mudah dilancarkan berbanding peluru pemandu Scud yang tak boleh dilancarkan dengan botol kicap. OK, kaedah melancarnya sila perhatikan rajah dibawah:
Bahan-bahannya: 1)Seikat mercun lidi, 2) Mancis secukup rasa dan 3) Sebotol kicap yang dah habis kicapnya. Kalau nak rasa pedas bolehlah pakai botol yang masih berisi kicap, memang pedas kena leter dengan emak.
Tapi masa kecik-kicik dulu aku ada kreativiti tersendiri melancarkan mercun lidi ni. Dan yang paling tak lupa ialah merampas secara paksa seekor cicak hasil tangkapan Sitot dan Labu, selepas maghrib kucing dua beranak ni memang kerap buat part-time buru cicak buat santapan cuci mulut selepas kenyang makan nasi gaul belacan yang biasa aku beri selepas berbuka puasa.
Bila cicak itu semakin lemah dibuli mereka aku rampas sebelum mereka sempat menjamahnya, aku ikat cicak itu kat mercun lidi. Kemudian cucuh api pada sumbu mercun...pssstttttttt..dan...KABOMM!! diudara! Ish, bila teringatkan zaman itu aku rasakan...aku memang nakal. Sampaikan Sitot dan Labu terkedu dah tak tau nak cakap apa bila tengok perbuatan kejam aku tu.
Begitulah kenangan ramadan silam yang tak terpadam... Kepada Sitot dan Labu ngiau kamu berdua masih aku ingat hingga kini, maklumlah semasa mereka lahir akulah bidannya, dan kami membesar bersama-sama dan sampai ketika mereka lanjut usia, sakit dan meninggal aku jugalah yang mengkebuminya...syahdu mengenangkan kamu berdua.
@mercun roket...mmg ganas. diharamkan oleh kerajaan seluruh dunia krn telah menyebabkan bnyk rumah atap terbako, bdk2 tngl satu mata...nasib baik gak kpla aku tak bocor ditujunya, bahu je yg lebam...
ReplyDeletemercun sekarang lagi hebat, tahun lepas sehingga ada budak yang melambung di terengganu, tahun ini pun dah ada rumah yang terbakor.....cacat usah kira le
ReplyDeleteSan, cicak tu boleh saman ko, sebab melanggar animal rights.
ReplyDeletetu aku tau la man, aku letupkan badan cicak je sebab badan dia dah mati, cuit2 tak gerak dah, tapi ekor dia yg putus tu aku tak gamak nak buat sebab masih hidup gerak2.
ReplyDeleteaku setuju ngan man... dia saman kat akhirat, nanti di alam barzakh dia dtg ikat ko dan mercun kan ko beek, hish seram bulu roma aku
ReplyDelete