Macam peluru pemandu jarak jauh serta kuat letupannya. Istimewanya setiap kali dilancarkan ia akan bersiul sebelum meletup KAPOMMM! diudara. Dua kali ganda lebih power dari mercun lidi.
Sekali pelancaran menelan kos RM1.00-RM1.20! kira mahal ketika tu! Sebab itulah aku tak membazir dengan meletupkannya ditempat-tempat yang tak bermunafa'at.
Biasanya mercun diletupkan selepas berbuka puasa kerana pancaran api dan bunyi lebih jelas berbanding siang. Nak merasa suasana perang maka ada kawan-kawan aku guna buluh sebagai pelancar. Cara ini lebih menepati sasaran katanya. Memang real, magrib hingga isyak waktu mereka bermandi peluh bermain seperti disiang hari!
Main perang-perang, bergerak tertunduk-tunduk dicelah semak ala-gorila. Mercun disasar ke rumah jiran berhampiran, masing-masing berbalas tembakan. Namun begitu atas faktor-faktor yang tak dijangka maka ada juga yang tersasar...
Tragedi hitam yang berlaku pada waktu maghrib 1978 membuktikan bahaya mercun roket.
...dari jauh aku nampak mercun meluru terkena dahan pokok getah dan menjunam ke satu rimbunan semak belakang rumah Wak Leman...KAPPPOMMM!
Tiba-tiba muncul Wak Leman terlompat disebalik semak tu. Tunggu apa lagi, kami cabut lari tak sempat nak dengar sumpah laknatnya yang berjela-lela kerana terkejut.
Menurut sumber risikan roket meledak hanya beberapa depa dari lubang tempat Wak Leman 'mencangkung'. Maklumlah, time tu jarang ada tandas sempurna seperti hari ini, bahkan kalau adapun tandas dibina jauh di belakang rumah kerana beranggapan tak sopan bina tandas dalam rumah. Sesetengah penduduk kampung dulu hanya bawa canggkul untuk 'melepas', dengan cara ini mereka tak didatangi bil indahwater.
Haha... Entah sempat ke tak Wak Leman 'lepaskan' hajat tu.. Haha...
ReplyDeleteMasa kecik dulu, aku beli mercun roket sorok2... Takot bapak aku marah.. Soroh plak kat celah2 jubin yg tersusun tepi rumah... Main plak waktu hujan.. psl tak dengar sgt kalau mercun meletup pun.. kekeke
bek, buat la cerita pasal "mercun tarik" pulak... bukan ke ko selalu ikat kat pintu? bila orang bukak pintu sure "kebabo"... ikat kat tali kasut, basikat, dsbg.... asal tarik, putus, sure letup kebabo...
ReplyDeletemercun lidi ada dlm draf beekkk, tgguu
ReplyDelete