Friday, February 18, 2011

Tak kisah walau ditangan siapapun...

...OMEGA memberikan si pemakainya mampu berlagak eksen walaupun ia seorang pengemis jalanan. Bahkan menurut seorang kawan aku yang tak dikenali, sejak memakai jam omega perasaan malunya mula berkurang, dimajlis-majlis kenduri kawin maupun kenduri arwah tangannya tak lagi segan-segan menjalar melintang meja untuk mencapai lauk-pauk yang terhidangan...dahsyat tu!

 
Ahh... tinggalkan kisah kawan aku tu. Omega...Sejak dibangku kantin sekolah lagi aku sangat suka mendengar dan menyebut jenama ni. Entah le, mungkin suku katanya yang ringkas dan menarik.

Tak ramai para penternak yang aku kenali memiliki baka Constellation dengan ring 'ulat gonggok' ni. Kalau adapun boleh dibilang dengan jari.

Koleksi hebat milik Bro Rasdan semasa bertemunya kelmarin. Nampaknya dia aktif mempelbagaikan baka ternakannya. Memang berbaloi Rasdan, model lama ni dah semakin payah, tak jumpa kat mana-mana supermaket dah kecuali ditangan kau aje.

Gaya yang ringkas, tiada merah, hijau atau putih...

...yang ada hanya keaslian warna st. steel semata-mata.

Cantik, keindahan yang menyengkang kelopak mata.

13 comments:

  1. brg2 rare dn antik ni biasa org lain yg npk kehebatannya...ibarat 'gajah depan mata x npk, kuman sbrang laut npk'. tu yg kdg2 intan terjual pd rege kaca...

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:19 PM

    perasaan riak dgn harta benda x bawa ke jalan kebaikan.insaflah

    ReplyDelete
  3. betul tu anonymous! tepat sekali.. tetapi perasaan diri sendiri lebih baik dr org lain atau ujub juga tidak bawa ke jalan kebaikan juga.. sama2lah kita insaf.

    bagi pihak tuan rumah; kami disini hanya mengkagumi teknologi & keindahan ciptaan pengukur masa yg dicipta sejak dr dulu lagi. insyaAllah tiada lekat di hati dgn benda2 itu semua.

    ReplyDelete
  4. ...pasal tu la orang pakai jam replika jenama memahal macam patek philippe rasa diorang kaya! walaupun mampu bawak proton buruk jeh. masalah bangga diri nih! tapi kalau dah minat kat jam tu, suka hati diorang lah. pasal bukan semua orang tau brand2 mahal nih. dulu, budak despatch aku pakai jam patek philippe. dia kata "boss, jamni saya beli kat PS boutique, cantek lah, 80 hinggit jeh". aku jawab simple jeh "yang mampu beli, cantek di mata, kira okey lah. ukur baju badan sendiri, jangan sampai berhutang daahhh...".

    bagi aku... suka hati engkorang lah. aku minat kat jam pasal movement dia, brand - jatuh nombor dua. memang jenama bagus movement sure bagus. al-fulus? ada mampu beli lah. tapi tak semua brand bagus pun, gimmick je lebih. omputeh kan pandai menjual.

    aku tak nafikan (pengalaman aku) bila buat bisnes meeting aku pakai Rolex (second hand - ori key!), konfident tu ada, dan ada yang jeling kat pergelangan tangan aku...kebetulan pakai jacket dengan tie... jeling tu pada firasat aku ada 2 makna (1) mamat ni pakai jam rolex! (2) jam petaling street ni kuttt... tu lah dia resam manusia bila menilai apa yang ada kat orang.

    senang cerita, jam sendiri, sendiri tau... pakai kat tangan, jenguk depan cermin, nampak cun, kira cun lah...

    bab2 ujub, riak, kebendaan, ini memang lumrah semula jadi manusia bila mendapat sesuatu... kalau boleh elakkan lah. harta dunia. tak kemana. cuma aku rasa mr anonymous dengan yourself (not me okey) rasa penulisan santai saudara hassan ni agak keterlaluan kutttt...

    ikhlas

    ReplyDelete
  5. mr myself, blog anta ana sudah link ke ana funya blog lah. sebagai usaha ana mempromosikan blogger-blogger jam se malaya. harap maklum.

    ReplyDelete
  6. mana komen dr geng2 lain ni? panas2...

    ReplyDelete
  7. zul, goreng pisang tak cukup panas!!!

    ReplyDelete
  8. Salammm...
    Selagi kita berjiwa manusia, jiwa yang teragung dari sekalian mahluk maka semua sifat2 ujub/riak tetap ada. Tiada siapa yang mampu menolak apa yang Dia bagi! Bagi yang berilmu maka 'pulangkan' semula padaNya, kerana itu semua sifat2Nya.

    Cuma, bentuk riak/ujub yg ada pada manusia sepertimana juga iblis mampu menyamar berbagai bentuk dalam hati manusia. Mungkin ujub seseorang bukan pada intan/belian, tapi mungkin pada lain yang lebih samar. Orang kaya tak perlu buang hartanya untuk buang sikap sombong dan begitu juga org miskin tak perlukan harta berjuta untuk jadi sombong.


    Kita jijik pada kahak, kalau dah ludah haram tak mau tengok balik, tapi kahak yang masih bertakung kat tekak kita SRUFFF...tanpa rasa jijik telan aje bila malas nak buang. Begitulah 'jijik' yg mungkin mampu kita amalkan didunia fana ni.


    Kalau jam2 tu tak melekat dihati diharap perkataan aku ini pun tak lekat jugak.

    Terimakasih myself dan komen member2...

    ReplyDelete
  9. Kita manusia ni mmg tak sempurna. Nadi Adam mula2 nak ditiupkan nyawa dr ujung kaki, belum habis lg dah mula nak duduk. maka Allah s.w.t. bersabda:lihatlah satu sifat makhluk yg bernama manusia...tidak sabar.

    ReplyDelete
  10. terima kasih semua.
    mr thetick-thetick, dll, tkasih coz tag blog aku. & aku komen mcm tu sbb aku rasa apa yg en hassan tulis ni.. ikhlas jer.. tiada unsur nak bangga diri or what so ever.. kan en hassan, kan? :-)

    nasihat & menasihati spt en Anonymous tu ckp bagus. betul. tepat. kena ambek pelajaran. cuma (bagi aku) gaya penulisannyer tu agak menjurus kearah seolah2 penulisan hassan ni & yg lain2 (kite org ler tu..) terlalu berbangga dgn jam2 yg kita minat. bagi aku & aku harap.. tak la begitu..

    kita hanya berkongsi minat, maklumat & kecantikan jam jer d sini, FB ataupun blog2 masing2.. kan? so aku harap & aku mohon maaf kalau apa yg aku kat komen atas nu & yg ini, menyinggung mana2 pihak.. (baca betul2 komen yg kat atas & yg ni k..)

    ambek yg baik. buang yg x baik.

    bertolak dr ayat diatas.. maka.. mana2 jam yg korang rasa x baik, bagi sedekah kat aku. aku terima seadanya. hehehe..

    wallahu 'alam.

    t/kasih thetick-thetick. ana minat enta punya belog gak.. bnyk info & ilmu yg ana pelajari. tq.

    ReplyDelete
  11. pengalaman selama 18 tahun aku menternak, merosak, merepair, membeli, menjual, ori, fake, replika, baru, lama... ujub, riak, tu tak payah lahhhh... yang penting kita suka apa yang kita ada pasai ni kira minat masing2... aku biasa tukaq ganti pakai jam rusia 80 hengget sebijik selama beberapa bulan. aku pernah ada 2 biji panerai ori harga puluhan ribu. dan aku pernah gila replika harga nak cecah ribu jugak. tak usah nunjuk2 lahhh.... kita pakai ori orang kata tiruan, kita pakai tiruan orang kata ori, kita pakai jam murah orang kata jam mahal... biasa la dunia nih! angau jam sendiri takpa, jangan angau menunjuk...

    rasa2 nak menambah ilmu agama, di alu-alukan ke masjid kota damansara di kariah akuh... cerita bab jam manjang takble braderrr, ilmu akhirat kena ada...

    cammanapun aku suka komentar hangpa semua, mengingatkan sesama kita

    ReplyDelete
  12. Anonymous1:06 AM

    xpyahlah menunjuk nunjuk dgn apa yg kta ada..jam panerai 2 biji,3 biji..puluh,ratusan ribu..bila dlm kubur smua berdiri sama tinggi..xkira ada jam replika ribu atau tak..

    ReplyDelete
  13. hehehe... itulah dunia, apa saja yang kita ada memang tak bole kita katakan sebagai perbandingan... pasal apa sekalipun akan tetap ada orang yang menyalahtafsirkan niat kita... yang penting niat kita membuat perbandingan untuk menjadi iktibar, bukan niat nak riak bongkak dan takabbur... ikhlas, rasa2 niat anonymous ni Allah SWT yang tahu... terpulang la sheikh anonymous, ana tak ambik kisah waima apa sekalipun ana mau komen... ana tak suruh pun sesiapa buat maksiat pada Allah SWT. orang minat jam ada macam2 perangai... orang tulis pasal jam pun ada macam-macam style... terpulang lah kepada sesapa nak tafsir dan nak komen... ana cuma bagi komen untuk perbandingan... kumpul lah jam banyak2, jangan kumpul dosa, hati mau baik... Allah maha mengetahui. Salammm...

    NB: Hassan Bek, aku rasa seminggu sekali kena buat posting Tazkirah kat blog.

    ReplyDelete