Tengahari itu aku bergerak ke suatu lokasi dipinggir Kuala Lumpur.
Cuti umum, suasana jalan bersebelahan Stadium Bukit Jalil sunyi sepi.
Kembara aku hari ini ditemani jentera berenjin 6R15 Seiko Sumo, selesa untuk misi sukar seperti ni hehe..
Dari cermin depan kereta kelihatan Bandaraya Kuala Lumpur yang diselimut jerubu panas. Bandaraya yang pemurah, disana pemimpin, pembangkang, pemandu teksi/bas, peniaga, pegawai, kerani, polis, penyampu smapah, pencuri, penyeluk saku maupun pengemis mencari rezki.
Bandar Ampang, disini aku bakal bertemu seorang penternak Seiko!...tak ada lain hanya SEIKO!
Bro Ah Keong muncul di pintu restoran. Pertamakali aku jumpa, kacak dan ramah mesra orangnya. Melihatkan peluhnya yang jernih menunjukan pada aku dia seorang yang kuat berkerja. Tengok diatas meja tu...
Ada 3 ketul jam yang dibawanya, tapi satu daripadanya adalah model yang sangat-sangat jarang di temui.
Inilah yang lama aku dengar tapi tak pernah berjumpa... 6306! Spesis yang sangat payah ditemui di alam maya kini.
Masih segak walau dah diasak 3 dekad.
Tempaan maha hebat 6306 ni hanya untuk tangan orang Jepun aje, jelas pada huruf kanji pada 'hari'nya yang hanya terdapat pada model ni.
Tapi tulisan lain semua kekal rumi
Glass cembung bahagian dalam mirip 6105.
Perbezaan yang mudah dikesan 6306 dengan 6309 adalah saiz huruf pada ezel. Gigi bezel juga tak sama.
Haha...jam ini membuat aku seronok setiap kali melihat waktu...
... Fikirkanlah, berbanding 6309 model ini mencecah hampir RM2000 setelah 30 tahun semata-mata spec tertentu yang tak terdapat pada model 6309 jadi...
...apakah Sumo yang memiliki bakat serupanya bakal memahat sejarah yang sama? Bersama cucu-cicit kita tunggu 30 tahun nanti...
Apek tepi tangga dlm Sg Wang Plaza ada sebijik. Tapi bukan untuk dijual wooo. Untuk jamu mata saja maaa
ReplyDeletekalau jepun attack malaya lagi sekalipun aku rasa 6306 ni diorang tak bawak! pasal wakarimastane punya gerombolan pun tak simpan turtle spesis nih... hait arigato gomastane
ReplyDeletememang susah dapat, pasa peminat seiko diver ni la penyu yang patut dimiliki... yang minat vintage lah! kalau diukur dari segi keupayaan movement... Sumo lebih canggih!
Tak pernah tgk... eringin nak tgk live...
ReplyDeleteSumo akan menyusul sbg lagenda 30 tahun nanti...waktu tu kalu aku idup lg mungkin sempat tengok cucu Sumo yg baru lahir hehe.
ReplyDeleteaku rasa bebek dengan bobot memang tak kan dapat pegang turtle 6306 tuh... pasal apa? tanya hassan
ReplyDeleteSan, ko pun dah menternak 6306 ni ke? Aku dah jejak balik tanah Malaya ni, bolehla kita buat temu janji teman memang mesra kejap lagi ... :-)
ReplyDelete6306 ni ahkeong tak mau lepas la. Puas aku jampi dan fussss! hembus2 ubun2 dia tapi tak berkesan la...mungkin power tangkal 6306 ni lebih kuat kut atau hembusan aku kurang kuat.
ReplyDeleteBekkk, tak mcm 6105 kenapa model ni payah jumpa ye?
San, mungkin hembusan $$$ kau belum cukup kuat kot ...
ReplyDeletetau pasal apa model ni payah dapat? haaa... satu pasal JDM, lagi satu movement 6306 ni production dia limited so jam dia pun limited. tak salah aku dalam satu website seiko reference ada bagitau yang model ni cuma berlegar sekitar 2 ribu bijik jeh kat jepun. 500 bijik dibuat khas dengan dial ScubaPro. haaa yang ni lagi susah nak dapat! macam rolex submariner COMEX... dua-dua nih jam production khas untuk penyelam laut dalam Scubapro dengan Comex! Scubapro ada dua model 6306 dengan 6309. Sapa pernah jumpa?... dua-dua aku pernah jumpa, kat Internet je lah... he he
ReplyDelete2000 biji je! Kalau dah tak membiak maknanya semakin sikit le spesis yg masih hidup skrg!. Nampaknya kita kena buat kempen selamatkan spesis ni dari kepupusan...
ReplyDeletebest tgk Pawn Star astro 555. byk brg dah dn nak pupus diurusniaga kt situ. ada loceng kapal 1862 dpt kt Indon dikatakan replika, owner kedai mtk usd50 je. pastu owner kedai panggil pakar analisis kt situ gak.tuptap2 loceng mmg ori!cdgn rege usd15000. owner loceng mtk 10k, kedai 8k. turun 7.5k, kedai 7.2k...set. salam dn siapkan dokumen jualbeli. kdg2 ada lelong jam 6306 tp aku blum smpt tgk huhu...
ReplyDeletetengok pawn star takpe, jangan porn star sudah... memang menarik, aku selalu nengok... Indian Skooter 70an!!! Scotish Dagger... cuma penyu 6306 jeh belum kua kat cite nih... maybe season 3 nantih kuttt
ReplyDeleteAku dah try jam Ah Keong ni 3 minggu lepas kat Amcorp Mall, yg aku suka jam ni lume dia dah tukar brownish, tu yg nampak klasik betul..........
ReplyDelete