Lanun, haha...Kalau Seiko ada Samurai maka Orient ni aku ejek dia LANUN JEPUN!
Rupa paras gagah sekali dan antara jam yang terberat dalam koleksi aku, ramai kekawan kata Orient ini membuat hayunan tangan begitu terasa ketika dibawa berlenggang.
Jarum jam tebal dan cantik, indek jam besar! Dalam bahasa grafiknya bermaksud 'GAGAH'.
Ada 'meter minyak' pada dashboard. Walaupun maksima tertera 40 (jam) tapi jika tangki penuh enjin boleh lari lebih 48 jam!
Tahukah korang, berapa tebal glass
jam ni?...
... glass setebal bazel ringnya iaitu 0.4cm! Terkejut... kan?
Bazel solid! Perlukan tenaga tambahan untuk memutarnya.
Sungguhpun datang dengan tali bracelet yang bermutu tinggi, aku lebih selesa dan bergaya dengan tali getahnya yang tebal ...hehe
Case belakang ditatah kemas, boleh buat 'rubber stamp'...
Sangat sesuai dipakai dalam cuaca yang xtrem, enjin selesa berdetik tanpa gangguan kerana berkubu dalam 'tank' yang teguh, menurut sdr radzi kehebatan harga jam ni terletak pada struktur binaan casingnya yang mampat sekali.
Ada 5 versi warna yang berbeza, hitam, hitam/emas, biru dan dial kuning.
Profesional diver 300m dengan logo klasik 'Rothmans' ni untuk pasaran antarabangsa. Sementara Logo 'Superman' untuk pasaran Jepun.
Tapi aku lebih suka logo klasik 'Rothmans'nya, ia mengingatkan aku zaman kanak-kanak dulu dimana kalender zink jenama rokok Rothmans 1975 yang banyak tergantung di kedai, setiap hujung tahun bapak aku bawa banyak kalender percuma yang mudah diperolehi dikedai-kedai runcit aje.
Bila pakai jam Orient ni aku terasa macam memakai jam JAPAN berbanding Seiko, entahlah aku pun tak tahu kenapa, barangkali Orient ni lebih 'jepun' dari Seiko yang semakin pudar kejepunannya. Apa pendapat korang?
pendapat saya....memang best jam ni...nak kata apa lagi....movement pun mantap....class gitu
ReplyDeleteMemang best!! Tebal & berat jam ni.. aku dah pegang!! Pegang je mampu, nak beli masih jauh duitnya.. huahua!! Jam 300m semuanya berat & tebal.. Tangan kurus mcm aku tak berapa sesuai la..
ReplyDeleteTerangkat angkat beb! Tgn aku pun kecik. Tp pakai jam ni ok sebenarnya. Sbb saiz lebih kurang Sumo cuma dia berat...
ReplyDeleteorient masih berbangga kerana masih dilahirkan fully in jepang, tidak seperti seiko di pasaran asia tenggara yg kebanyakkannya buatan singgahporah. seiko made in jepang harga dah lain plak wlupun model sama..
ReplyDeleteTu la... seiko lama je yg masih muka jepun, maka itu aku rasa seiko lama bakal menjadi buruan kerana ketulinannya. simpan beb!
ReplyDeleteMM masih membayangi OS di kala sepiku...
ReplyDeleteTumpang tanya da...Harga market braape?
ReplyDeleteHarga market RM4.9k sebelum diskaun. Byk jual yg oren. Hitam pyh nak jumpa
ReplyDeleteAku baru pegang dan belek2 kat kedai tadi. Fuh, memang mantap, sampai teringat aku kat DSSD yg aku review hari tu. San, mana tempat nak dapat harga baaaaaaaik?
ReplyDelete