Tuesday, January 11, 2011

HOROlogy 4 uNitY (H4U) di Kelana Jaya!

Ahad 9 Januari 2011 H4U bersidang di Giant Food Court Kelana Jaya. Pertemuan kecil-kecilan dibuat sebagai menyambut ajakan Sdr Radzi (thetick-thetick.blogspot) minggu lepas. Bermula jam 10.30 pagi seramai 6 sahabat jauh dan dekat berkumpul untuk bertukar-tukar pengetahuan.

Abg Mat dari Klang, Fahmi dari Shah Alam dan Bro Radzi dari Damansara..

Fizi (tengah) penternak yang begitu gigih, dia hadir ditemani buah hatinya Seiko Monster, model yang bakal menjadi buruan 5 tahun lagi.

H4U kali ni juga di meriahkan dengan kehadiran otai jam vintage iaitu Tuan Syed Mohri, payah nak tangkap beliau ni...sibuk aje.

Faris, sanggup meninggalkan hal-hal duniawi diKajang semata-mata ingin ber'usrah' bersama.

Bro Radzi sempat menurunkan sedikit ilmu hitamnya, pengetahuan asas tentang jam makenikal penting buat mereka yang baru berjinak-jinak dengan besi-besi lama nih. Walaupun ringkas dan santai H4U ni sangat memberangsangkan.

Lembaga hitam yang menemani Tuan Syed!


Omega military lama, mungkin tahun 40an....betul Tuan?

Agak besar... "Pakai enjin apa Taun Syed?"

Hanya perlu diupil untuk melihat jenteranya yang masih kencang berputar.

Macam cermin make-up

Tressa, koleksi Abg Mat

Lawa jam ni.

Citizen lama, ada gambar penyelam pada dial.

Ciri-ciri jam vintage yang tak basah dik hujan dan tak lekang dik panas..., biarpun tak basah dik hujan jgn kena air! kecuali dah dipastikan tahap WRnya...

Roamer Anfibio koleksi Tuan Syed yang selamat diijab kabulkan menjadi suri hidup Bro Radzi. Apa istimewanya? Hanya Radzi yang mengenal Maniam....

Satu lagi...

Marathon!

Jam kegunaan askar Amerika dengan teknologi tiub gas.

Spesis Seiko yang sangat jarang ditemui, FAIRWAY koleksi Abg Mat.

Tak dimakan usia, jam-jam berusia sebegini memang sedap dipakai, ia ada daya tarikan misteriiii...

Fahmi dengan UFOnya...lawa siot!

Seiko 6309 Red Devil milik Bro Radzi bergaya, Gabungan merah dan hitam sangat meruntun kalbu, bazel protection menambahkan saiznya...cun!

13 comments:

  1. Nampak gaya, aku terlepas perjumpaan kecil2lan ni... ai......

    ReplyDelete
  2. perjumpaan Edisi Tengah...

    ReplyDelete
  3. mini H4U nih. best2!

    ReplyDelete
  4. woit, nak join sebulan sekali boleh. same place kat foodcourt giant kelana jaya. tak ramai orang so privacy sikit. makan minum biasa la. yang special dia punya rojak sotong... bukan jam rojak! jam seiko merah tu aku panggil THE REDS bukan RED DEVIL. pasal aku penyokong Liverpool... he he, camnapun di akhir pertemuan, jam tu jadi hakmilik brader Fairiz dari Kajang. aku beli harituh pasal nak buat artikel jeh. jual kat dia harga kos!!!

    Bekkk... apsal ko tak nunjuk gambar jam kat tangan aku tuh? Seiko "Stargate" Diver SKZ325-K1. Nantikan complete review. Aku tengah test jam tuhh... tungguuuuuu

    Tuan Presiden H4U Dr. Asmar, buat la H4U edisi utara pulak... nanti ada edisi selatan, pantai timur, dan sabah dan sarawak...

    ReplyDelete
  5. Jam Roamer tu... he he. Susah nak dapat ETA 276x punya movement banggg... jam Gerard Perregaux, Breitling, dan banyak top brand pakai movement tuuu... kebetulan siri Roamer Anfibion pakai ETA276X punya variant. Movement tu: Swiss Made 17jewels, 5bps, hand-wind, quickset date + boleh hackingggg.... wooooo thank you tuan syed mohri... good purchase. aku dah clean balik....

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:36 AM

    perjumpaan peringkat selatan akan menyusul nanti..

    ReplyDelete
  7. menarik betul jam UFO ni hehe..nanti ada perjumpaan lagi jgn lupa bgtau..byk lagi nak kena blaja nie..hehe..

    ReplyDelete
  8. Insyaallah edisi utara akan buat nnt. Hehe...

    ReplyDelete
  9. edisi sabah tercabar gak ni haha. ayuh matbond, ustz dzul...kita bg diaorg berita 1 jam lebih awal dr. semenanjung hehe

    ReplyDelete
  10. Hadoi.. Edisi Sarawak kena buat nih.. Jamkaki5 & jamlama.. juh.. Polah H4U edisi Sarawak juhh...

    ReplyDelete
  11. Buat beb...bole kita kongsi cerita

    ReplyDelete
  12. Semoga jumpa lagi di Giant Kelana Jaya. Tn Hassan, saya nak curi gambar tu, letak dldm blog saya, ok kan.

    ReplyDelete
  13. Ole-ole dari seberang
    Boleh aje asal senang
    -pantun aftermarket

    ReplyDelete