Monday, January 31, 2011

Replika Original!

 Kalau tengok dari jauh mungkin korang boleh pertahan iman, tapi kalau dah bersentuh tangan nafsu bisa mencair, tak peduli tok imam atau tok siak pasti tak tertahan dengan godaan jam-jam replika abad canggih kini.
"Padan muka jam Swiss! jual mahal!" kata seorang kawan yang dah lama bengang dengan harga jam Swiss, " Harga mercerdes atau BM (bmw) naik aku tak kisah sangat, tapi kalau harga jam-jam Swiss ni mahal semua mana aku nak hidup!" ujarnya dengan penuh kecewa. "Tak pa, biar aku layan jam Swiss replika je, sekurang-kurangnya aku dah mampu berdiri sama rendah dan mencangkung sama tinggi dengan korang!"

Berkilau kebiruan! Ini jam replika bermutu tinggi di kelaskan sebagai GRED A oleh seorang tokey berpengalaman. Menurutnya Gred itu diukur pada kekemasan buatannya.

 
Tag Heuer Carerra ni menggunakan enjin Japan yang bermutu agar industri ini mendapat keparcayaan tinggi dalam pasaran! Replika ini antara yang paling laris dipasaran!

Rolex Sub ini menggunakan Miyota (kopi). Menurut tokey lagi ada jam replika yang mencapai harga hampir ribu ringgit! Mak ooi...

Omega Speedmaster ni sangat cun! Glass sapphire! enjin quartz buatan jepun, dijual RM350-400 dipasaran! Haha jika korang terjumpa jam ribu-ribu ringgit ni dijual dengan harga ratusan aje, sah! Harga tak ori! maka tentu barangpun bukan ori! mudah...

Model baru speedmaster ni mengikut ukuran model sebenar.

Logo kuda kepang timbul!

Ini juga sangat cantik turut dengan glass sapphire tapi dengan enjin automatic! berat dan sarat!

Pistol bond macam original!

Broad arrow, kemas buatannya tapi aku tak dapat menilai dengan lebih tepat kerana model original tiada ditangan untuk dibuat perbandingan.

Ketika aku duduk disebuah bangku di R&R Air Keruh mata aku terpandang seutas PENERAI ditangan seorang lelaki, sangat cantik tapi dengki hati aku cepat mengata ia replika hehe... Tapi perasaan bersalah membuat tuduhan tanpa periksa itu membuat aku rasa berdosa pulak, maka mata aku mengikori lelaki itu yang berjalan jauh ke parking kereta, bila aku tengok beliau membuka pintu Mercedes Sport (2 pintu) baru le aku mengugurkan tuduhan aku tadi...begitulah jika korang pakai jam-jam 'mahal' ni. Rakyat sekeliling pasti memandang serong macam aku haha... Tapi bila tokey cakap 'pelanggannya' juga terdiri daripada mereka yang bergelar 'Datuk' maka aku percaya pada kualiti jam replika masa kini...

Mungkin 50 tahun lagi jam-jam sebegini layak dinobat sebagai 'vintage replika', mungkin harganya juga bisa mencecah ribuan RM. Jangan main-main wooo, manusia semakin gila dan akan gilai apa saja yang benda yang mempunyai 'sejarah'! Baik korang simpan seketul sekarang hehe.

Saturday, January 29, 2011

SEIKO TUNA JEPUN 99.9% BARU! (SOLD!)

Peluang keemasan untuk memakai Seiko Tuna 300m yang sangat popular, enjin quartz bermutu dari seiko ni berbeza dari enjin quartz seiko yang lain. Nikmati foto-foto beracun dibawah ni yang dipungut dari artikel lepas...layannn

Aku terima sms dari Bro Radzi (thetick-thetick.blogspot.com), "Esok aku jumpa Uncle Luv kat restoran belakang Tesco Puchong jam 10.30, kalau nak raya datang le". Memang aku tak mau melepas, nak jumpa otai-otai jam berkumpul kat Puchong bukan senang!

Dari kiri: Aku, Uncle Luv, Mr Kong dan Mr Radzi. Pertemuan ini diserikan oleh kehadiran seketul jam lama berharga RM20K! Nantikan pertunjukan hebatnya... 
Biasanya disinilah satu meja khas untuk peminat jam bersidang, memang seronok walaupun ringkas dan santai tapi banyak pengetahuan pelik bin ajaib dapat dibawa pulang.

Tuna Can koleksi Mr Kong yang memeriahkan perhimpunan kami.

Model SBBN007 ni hanya boleh didapati dipasaran Jepun sahaja...peluang nak dapat disini tipis dan ditipiskan lagi dengan saiz harganya.

Bentuknya agak lain dari kebanyakan jam diver yang biasa kita lihat.Casing utama jam berada dalam satu casing lain (digelar pengemarnya sebagai tuna can), can itu dibina bagi melindungi jam dari kecederaan akibat misi-misi lasak didasar laut.

JDM (Japan Domestic Market) boleh diketahui hanya dengan melihat huruf kanji pada tingkap haribulan.

Tuna Can ni membuatkan jam ni kelihatan lebih besar.

Glass cembung menjadikan muka jam lebih jelas dan lebih cantik didalam air.

Keupayaan selaman 300m!!! biasanya kalau selam sedalam itu aku mesti pakai pelampung bagi tujuan keselamatan...errr

Bahagian bazel terdedah sikit sangat, tak boleh aku nak putar kerrrrrp...laju-laju macam kipas.. jumpa juga kelemahannya hehe.

Sangat menarik pada sudut-sudut tertentu,

Menggunakan kuasa bateri, tapi kalau habis bateripun aku pakai tiap hari macam biasa je...haha

Glass sangat tebal, tapi tak boleh lawan ketebalan 40mm Orient Pro-diver 300m!

Asalnya rubber strap...apabila dipasangkan bracelet maka elemen metal tambah menonjol sekali...

...tapi semua itu dilenyap oleh wajah perkasanya.

Tuna Can bazel hitam ni milik kawan aku Bro Lim, tengok...ada perbezaan sikit. Terimakasih Mr Kong dan Lim kerana berkongsi dengan semua disini!

 OK! jangan lupa untuk bertemu Bro Radzi di  http://thetick-thetick.blogspot.com/ (klik)
ada banyak petua tradisional yang sangat berguna dalam membeli jam-jam lama agar ia setanding dengan wang yang dileburkan.

PETUA-PETUA VINTAGE PAKAI JAM!

Kita harus memilih jam yang sesuai dengan gaya dan kerjaya kita, sepertimana kita menyarungkan kasut yang sesuai di kaki untuk berkerja atau bersukan kerana kasut yang sesuai memudahkan pergerakan.

Contohnya untuk ke pejabat, kasut bertapak keras akan menghasilkan bunyi hentakan yang segar sementara kasut bertumit tinggi melentikkan bahagian punggung kita agar langkah kelihatan lebih seksi dan menjadi siulan kaum hawa sekeliling.
Begitulah juga jam tangan,  dicipta mengikut gaya dan kerjaya pengguna.  Dalam hal ini aku ada keadah tersendiri dalam memililh jam untuk dipakai pada hari tertentu. Memandangkan aku bermotosikal maka aku akan tengok keadaan cuaca dulu sebelum memilih jam yang sesuai ditangan. Jika cuaca panas dan berangin sepoi-sepoi bahasa maka aku pilih jam vintage, chrono atau digital yang alahan pada cuaca basah.  Jika hujan renyai diikuti ribut taufan aku akan pilih jam diver.

Ok, ada beberapa petua tradisional dan adab-adab ketika memakai jam yang kian dilupakan oleh genarasi muda hari ini.  Petua ni mudah dipraktikan agar jam korang sihat dan ceria selalu.

Petua 1:
Jika mandi laut, sungai atau parit dengan memakai jam kesayangan korang sedangkan tak tulis ‘water proof' di belakang casingnya! maka jangan risau, cara yang mudah ialah korang tulis sendiri dengan pen...errr (maap gurau aje ni, tengah boring tahap 4 nih hehe)...
Ok apa kata korang cuba teknik dibawah ni? Hanya memerlukan seutas getah pengikat dan plastik bekas makanan yang dibuang di sekeliling pantai tu. ..Murah dan mudah! Selamat mencubaaa...

Ikan Merah.. ikan Kerapu
Jangan marah.. sekadar merapu

Petua berikutnya? bersambung lain tahun..

Friday, January 28, 2011

TAWARAN ISTIMEWA! SINN (set lengkap dengan kotak dan CD! ) SOLD OUT!

Jangan lepaskan tawaran harga ni, Sinn bukan senang mau dapat dipasaran Malaysia! Barang cantik, dijaga rapi, dipelihara, dimanja dan dibelai selalu!

Berpandukan harga asal RM7K tentu ada istimewanya jam ni,
 Sinn nama yang pelik. Bagi aku ejaannya pun tak cantik untuk dijadikan suatu jenama produk, nama yang tak mempunyai nilai komersil.

Tapi, sokongan kualiti buatan dan prestasi yang tersangat bermutu nama kini itu menjadi kegilaan para penternak jam.

...Tapi kini semua tanggapan itu dah berubah. Jika orang bertanya sebaik melihat jam ini ditangan korang"Jam apenda ni?" Haha bagai dinanti-natikan soalan bijak itu maka time tu korang jawablah dengan lidah yang fasih lagi lancar "Sinn jam buatan G.A.R.M.A.N.Y..., Jerman"...haha syok pakai jam pelik-pelik ni.

Dulu aku sangka Sinn jenama Jepun sebab watak katun jepun Sinchan budak nakal...haha

Seni dan kualiti jam ni sepertimana juga Merc dan BMW, gaya dan prestasi sangat diutamakan.

Satu-satunya jenama yang mahal! mahal kualitinya sesuai dengan harganya.

Lawa beb!

Ada satu  skru 'valve'! Aku lupa fungsinya...

Dial hitam dengan 'dsahboard' yang ringkas. Seronok dihayun tangan kemana saja.

Thursday, January 27, 2011

SWISS ARMY

Untuk pengetahuan am korang, jam swiss replika original yang pertama aku beli ialah Swiss Army, kalau tak silap tahun 1986. Aku beli digerai kaki lima Chow Kit dengan wang bantuan kerajaan (biasiswa) pada harga RM60! Aku tanya sipenjual "ORIGINAL KE BANG?"Haha... "ORI.." jawabnya dengan selamba... Begitulah mudahnya aku diperdaya oleh diri sendiri, bukan salah sipenjual. Umpama jika serigala membaham kambing sipengembala, siapa yang bersalah? jawab!...

...haha ada yang jawab kambing yang salah.
Pada tahun 1996 setelah mempunyai pendapatan sendiri aku berjaya memiliki jam buatan SWISS ORIGINAl yang PERTAMA! model sama seperti dalam gambar ni yang aku beli di Pertama komplek berharga RM240.

Design militari dengan dial krim kekuningan yang kelihatan lasak. Jam ini milik seorang kawan aku penternak gigih jam-jam lama.

Ringkas dan senang dipandang mata satu ciri-ciri jam militari. Jarum digerak jentera quartz Swiss.


Logo '+' pada perisai, segelintir pengguna muslim mungkin kurang selesa.

Ciri-ciri klasik masih terlekat dibeberapa bahagiannya.

Lug agak istimewa, tebal.

Swiss Army jenama asal yang sekarang dah bertukar Victrinox Swiss Army.

Monday, January 24, 2011

SEIKO DIVER SKX011J BARU! ($OLD)

Koleksi aku yang tak pernah disentuh oleh mana-mana kumbang desa termasuk aku sendiri. Kalau rindu nak pegang-pegang pakai sarung tangan dulu sebelum, takut calar terkena kuku jari ...

Selepas dibelek cepat-cepat simpan semula dalam peti, tak mau terdedah terlalu lama pada udara sekitar yang mungkin betoksid...haha begitu sekali aku menjaganya umpama menatang minyak yang penuh.


Model SKX dial oren ni memang payah ditemui dipasaran sini, kalau jumpapun sekelip mata dah disambar orang.

Pada dial tulis MADE IN JAPAN!

Tarikh di kilang tahun 2000. Plastik biru original! Sayang nak kopek woo...hehe

Gigi bezel SKX011J ni berbeza dari model SKX007 (bond)! Perhatikan betul-betul perbezaannya dengan model bond (imej bawah) yang aku pinjam dari blog pencintamasa...

Garis yang memotong gigi bezel yang kelihatan ditengah (rujuk http://pencintamasa.blogspot.com/2011/01/seiko-gergasi-jepun.html)

Garis gigi bezel lebih bawah sikit daripada model Bond.

Oren...Sempena Tahun Baru Cina.

Berpandukan huruf jawi di bahagian hari SEIKO DIVER 7S26-0020 ini untuk pasaran timur tengah.

Gigi bezel kemas dengan index berwarna keemasan.

Bestnya jarum saat sangat panjang!

Memang evergreen dan everorange and ever, ever....