Saturday, January 29, 2011

PETUA-PETUA VINTAGE PAKAI JAM!

Kita harus memilih jam yang sesuai dengan gaya dan kerjaya kita, sepertimana kita menyarungkan kasut yang sesuai di kaki untuk berkerja atau bersukan kerana kasut yang sesuai memudahkan pergerakan.

Contohnya untuk ke pejabat, kasut bertapak keras akan menghasilkan bunyi hentakan yang segar sementara kasut bertumit tinggi melentikkan bahagian punggung kita agar langkah kelihatan lebih seksi dan menjadi siulan kaum hawa sekeliling.
Begitulah juga jam tangan,  dicipta mengikut gaya dan kerjaya pengguna.  Dalam hal ini aku ada keadah tersendiri dalam memililh jam untuk dipakai pada hari tertentu. Memandangkan aku bermotosikal maka aku akan tengok keadaan cuaca dulu sebelum memilih jam yang sesuai ditangan. Jika cuaca panas dan berangin sepoi-sepoi bahasa maka aku pilih jam vintage, chrono atau digital yang alahan pada cuaca basah.  Jika hujan renyai diikuti ribut taufan aku akan pilih jam diver.

Ok, ada beberapa petua tradisional dan adab-adab ketika memakai jam yang kian dilupakan oleh genarasi muda hari ini.  Petua ni mudah dipraktikan agar jam korang sihat dan ceria selalu.

Petua 1:
Jika mandi laut, sungai atau parit dengan memakai jam kesayangan korang sedangkan tak tulis ‘water proof' di belakang casingnya! maka jangan risau, cara yang mudah ialah korang tulis sendiri dengan pen...errr (maap gurau aje ni, tengah boring tahap 4 nih hehe)...
Ok apa kata korang cuba teknik dibawah ni? Hanya memerlukan seutas getah pengikat dan plastik bekas makanan yang dibuang di sekeliling pantai tu. ..Murah dan mudah! Selamat mencubaaa...

Ikan Merah.. ikan Kerapu
Jangan marah.. sekadar merapu

Petua berikutnya? bersambung lain tahun..

5 comments:

  1. Haha... serius aku pun tak terfikir cara tu. Ekeke

    ReplyDelete
  2. Cantik seluar Superman dia warna pink!

    ReplyDelete
  3. ni kira pakai tgn kanan nak pegang telinga kiri tapi ikut belakang kepala huhu...

    ReplyDelete
  4. Kalau pancing kat parit 2/3 jam blum tentu dpt ikan, tapi kawan aku tu kalau mandi parit sekor ikan sesat dlm seluar dah...haha

    ReplyDelete
  5. The drawback is that these watches do need maintenance from time to time other than that they are great, besides I like the ticking sound that they make.
    replica tag heuer

    ReplyDelete