Wednesday, July 7, 2010

CASIO TERMAHAL DIMALAYSIA!

Sepasang jam diver yang hebat, Seiko Monster automatik dan Casio Diver DEP-610 twin sensor yang lama dah luput pengeluarannya.

Dibina untuk menemani para penyelam tapi kedua-dua jam ni aku rekrut untuk menjadi militan pula. Tuh hah, kena ragging tekan ubi 100 kali haha..1,2,3..89,99,..

 
Nampak lebih samseng haha. Kalau korang maukan imej lasak pada jam harian pakaikan aje strap canvas ni, RM50 aje.

Jam digital dengan casing tradisional memudahkan kita menukar tali jam dan..

...skrin digital hijaunya dengan strap canvas hijau memang cocok!

Skrin digitalnya yang padat dengan data tapi teratur kemas, banyak fungsi canggih yang terpapar disitu, tapi aku tak pakai pun haha...

Casing berat gila, lebih berat dan tebal dari Seiko monster.

'Temp' dan 'light'...dah macam databoard kereta aku pulak.




Tahun 90-an Citizen dan Seiko juga bersaing membina model sebegini. Tapi mungkin faktor harga menyebabkan jumlahnya sikit disini. Tapi Citizen Promaster yang sama fungsi masih boleh diperolehi dengan harga tak kuran RM2,000!

Tebal! begitu ketara dipergelangan tangan.

Bahagian sensor disembunyi disebalik bentuk grill yang garang dan menonjol, ciri yang aku minat. Sesetengah model baru sensor 'disembunyi' didalam jam...tak best.

Bahagian ini model ni  memberitahu kita kelebihannya.




Ini wajah asalnya dengan strap rubber.

16 comments:

  1. Anonymous6:18 PM

    Camne mahal pun casio ni akan tetap dipandang rendah juga..akan dianggap sebagai low class,kalau kite sorang je syok pakai tp org sekeliling buat tak tau je..itu yg syahdu diri.

    ReplyDelete
  2. hanya jauhari yg mengenal manikam... hehehe apabila memakai yg kita suka akan timbul kepuasan yg x dpt digambarkan dlm diri... x kisah la jam tu mahal ke murah... aiman tak kisah.... x jual ke bro jam ni....

    ReplyDelete
  3. Kalau aku la... aku tak pentingkan hal tu. Aku tak peduli org anggap murah ke mahal ke jam tu. Psl bukan itu yg aku nak. Yg penting kepuasan diri sendiri, bukannya kepuasan org. Kalau org pakai nak menunjuk2 mungkin akan cari jam yg org nampak gah...

    Pandangan manusia ni berbeza. Keperluan juga berbeza. Ada org beli jam untuk menunjuk hebat, ada org beli jam sbb hobi, ada juga org beli jam semata2 keperluan saja, ada org yang sebenarnya mampu nak beli jam mahal tp tak menunjuk2, ada juga sebaliknya. Sebab tu aku ckp pandangan org tak sama & ramai mmg camtu. Persepsi itu yg payah nak ubah.

    Jam ni dikeluarkan pada tahun 1993 & adalah jam yang paling rare di Malaysia. Maklumat yg aku dapat dari seller, cuma ada 10 saja jam ni di Malaysia. Kalau ada 5k skali pun tak dapat beli jam ni psl dah takda. Untuk itu akanku cuba beli sementara ada kat 1 kedai jam kat sini... Wakakaka...

    ReplyDelete
  4. Makin lama tengok, makin tak tahan lak.... terasa esok nak pi beli je. Cis!

    ReplyDelete
  5. hehe mana kau nak pi beli dj? hehe aku tau nanti, aku pi dulu hahaha

    ReplyDelete
  6. Baik beli cepat! CASIO DEP ni semakin tinggi nilai ekslusifnya! CASIO PALING MAHAL DIMALAYSIA! fakta kedai beb!

    ReplyDelete
  7. Tak boleh bgtau. Bahaya.... mungkin aku pembeli yg ke-10 & terakhir. Hahaha....

    Eksklusif beb. Mana nak cari dah la ni. Mana nak cari Casio s.steel camni... takda beb. Haha...

    ReplyDelete
  8. mana si dabu menghilang... cepat dabu jam terbaik abad ini... jgn lepaskn peluang...

    ReplyDelete
  9. Aku kena pi beli cepat ni. Haha... Jam ni ada 10 je kat Mesia. Wahwahwahwah....

    ReplyDelete
  10. Kelmarin aku hempas kelantai seketul casio depan kekawan opis, "WOI!!" terkejut mereka haha..sebenarnya aku nak ajar mereka makna perkataan G-SHOCK yang tertulis kat body casio tu.

    Ramai kita disini tak berpeluang melihat model2 ekslusif casio. Sejak kecil hidup dikelilingi jam2 casio murahan aje, tapi bila dah dewasa tengok jam harga lebih RM1000 terus buat anggapan jam Casio low class.

    ReplyDelete
  11. Jam2 tiruan yg buat slek tu. Casio pasar malam jual RM30-50. Org ramai ingat Casio jam pasar malam je. Sama gak mcm Tag Heuer dulu aku beli RM30 ja kat psr malam. Masa tu aku sekolah lg. Tak reti bab2 harga jam. Aku pun ingat Tag tu jam murah. Bila dah belajar psl jam, barulah aku tau Tag tu jam mahal. Barulah bole kita appreaciate jam tu bila kita tahu & ada ilmu pasal jam tu.

    Dulu langsung tak terbayang ada jam Casio jual lebih RM1k. Masa tu tahu jam Casio beratus ja. itu pun dah cukup mahal pada aku. Bila kita tahu tentang sesuatu, barulah kita tahu menilai. Tak kenal maka tak cinta....

    Sebenarnya mmg wujud jam Casio lebih RM2k.... cumanya jam tu tak dibawa masuk sini.... siri Oceanus... Teknologi yang ditampilkan cukup hebat. Jam tu, kita bukan saja beli kualiti, tp teknologi dia kita beli sekali. Tp ramai yg tak tahu... sbb tu ramai yg tak appreciate Casio.

    Sama macam Seiko. Seiko pun kena tempias org anggap lekeh. Disebabkan banyak kedai cuma jual model yg ratusan & tambahan ada plak jam tiruan yg cuma berpuluh ringgit... maka anggapan tak best pada Seiko wujud... sedangkan ada model Seiko yg dijual lebih RM100k. Itu ramai yg tak tahu.

    Semua ni persepsi la... org tak tahu mmg anggap gitu. Kita pakai jam bukan nak mengagumkan orang lain.... tapi untuk kepuasan diri.

    Model Timur ni dah takda lagi kat muka bumi... buruntunglah kalau ada.... Harga memang mahal... tapi sesuailah dgn apa yg dapat. Kepuasan diri yg paling berbaloi... Hehe...

    ReplyDelete
  12. Ya..dabu disini...ishh2..goyah iman dabu,jgn ko racun koleksi qis,bkan apo den menyepi..
    pasai khusyuk tgk jam2 bro hasan ni..den raso la entah2 casio ni lebih ekslusif dari seiko!!..

    bkan apo,bilo tgk bro hasan keluarkan casio2 lamo ni,raso den x setanding dgn seiko2 lamo..digital plak tu...

    ReplyDelete
  13. Digital Casio banyak mengujakan. Depa keluar byk jenis. Seiko tak banyak digital, tp keluaran Seiko ekslusif pasal tak byk & harga dia lak jauh lebih mahal. Tak pelik pasal mmg patut mahal pun. Haha...

    ReplyDelete
  14. ye yg penting kepuasan kita yg memakainye..err rege mahal tuh..pejam je la..ye tak.kepuasan beb.

    ReplyDelete
  15. Tu la bro.... aku pejam mata je masa tu mengenangkan jam mmg dah takda.... & takot org lain sebat... jadi aku sebat siap2..... kering terus bulan ni...waaaa......

    ReplyDelete