Thursday, April 29, 2010

BELIEVE IT OR NOT!

Barangkali forum dan rencana dimajalah dan blog internet tentang jam ni buat dia teruja untuk memiliki dan mengujinya.

Kemana aje pergi dia pasti pakai divernya tu smada mandi, mendandan, masak, menguli roti canai atau kepejabat, pasar atau berjoging...dia seronok melihat jamnya dikotori kelasakan.

Ketika bercuti diPulau Redang dia membawa keperluan menyelam terutama jam divernya (dan kicap Tamin). ‘Boleh lemas aku kalau menyelam tak pakai jam diver” katanya.

Bak melepaskan penyu ke laut haha... 3 jam dia menyelam melihat keindahan flora fauna dan jamnya didasar laut, diketuk-ketuk dan digoncang-goncang  memang kalis air beb! Naik kedarat dia campak aje jam tu bersama sut menyelam kedalam bakul... ketahanan jam tu buat dia tak risau itu semua.

“Nak tengok kecantikan sebenar jam diver bukan kat darat! Selam, tengok dalam air la!!” Aku teringat mutiarakata sahabat karib aku yang tak aku kenali... mungkin ada kebenaranya...
Ok jam ditangan kawan aku tu adalah SEIKO MONSTER! Mungkin ada kekawan yang ada pengalaman boleh mengulas sikit tentang jam ni...

SEIKO MONSTER- bracelet

4R15 Diver- rubber/bracelet (RM900-980/BOX SET!)
 
OK kepada kekawan peminat jam, SEMUA harga jam yang tersenarai masih boleh dibawa kemeja makan untuk dirunding...OK?

7 comments:

  1. Anonymous12:01 AM

    saya ada sebiji orange monster. Memang selesa pakai. Pergi kerja pun pakai diver. Walau tangansaya saiz kecil, tapi ianya tetap pilihan hati. Ini semua gara-gara blog jam....saya nak bali yang lain pula...

    ReplyDelete
  2. Aku pun suka pakai diver. Tambah2 musim hujan sekarang. Monster mmg jam pilihan aku

    ReplyDelete
  3. bobot, aku ada 3 jam diver auto yang aku memang pernah gunakan untuk diving. Seiko Sub 150m, Orange Monster, dengan Citizen 200m Diver. Seiko Sub dengan Orange Monster guna 7S26. Superbbbb...dezuppppp. Citizen, no comment, works. Tapi visibility, Monster the best. Yang mana satu? Black Monster... pasai dial dia Black, Lumibrite dia lagi cerah berbanding dengan Orange... pendapat aku la...
    Enjin 7S26 nih enjin lama. Production sebelum tahun 2004 better dari yang terbaru... yang baru banyak problem! Ramai tukang repair jam complaint, belum habis warranty dah rosak... so sapa berani, cuba la dera 7S26 production baru nih!????? bobot, kasi cuba... lepas tu report kat blog. Cuba ko campak dalam akuarium kat Aquaria KLCC?

    ReplyDelete
  4. timur7:54 PM

    jentik-jentik, kenapa enjin 7s26 baru ni bermasalah, masalah apa biasanya?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, setakat dekat 3 tahun pakai monster takda masalah langsung. Puas hati pakai. Nak tambah 7s26 pasni. Nak cukupkan koleksi diver gak

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:36 PM

    Seiko Samurai aku thn 2004 tergolong dlm ok ke enjin dia

    ReplyDelete
  7. timur8:29 PM

    enjin bagus tu, kalau tak silapmata aku dia pakai 7s36...

    ReplyDelete