Monday, January 18, 2010

SUMO di Petaling Jaya!

Terkejut aku apabila menerima mms Seiko SUMO dari seorang kawan yang sedang berlintas langsung dari sebuah kedai jam di PJ.
 "I jumpa Sumo la!" katanya... Kawan aku ni memang pemburu jam diver khususnya model-model Seiko.

Kedai HANG THAI WATCH (PJ) SDN BHD...Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Li Poh... Hang Thai? macam ada kesamaan la... Tapi itu hanya pada pangkal nama aje. Tapi sampai sekarang aku sangsi tentang kewujudan Pahlawan Melayu itu.


Tokey jam ni handsome dan peramah. Waa...Ada dua ketul SUMO hitam. "Sapa cipat dia lapat!" katanya


Ni dia 2 Sumo yg sempat aku shot.


Yang hitam aku kurang berkenan, dial hitam menonjolkan lagi font size dibezel yang agak besar, mungkin  perkataan SUMO tu diambil dari font size jam yang 'gemuk'...


Berbanding Sumo oren, warna keras (orange) memberikan balancing pada keseluruhan bezel dan dial. Yang oren ni dah aku bawak balik umah bulan Dec kelmarin. Aku akan test-drive jam ni nanti.

Selain Seiko, Hamilton, Fortis, Epos dan Vostok pun ada jual.
Kalau korang tak puas hati pergi le tengok sendiri di Lot 11A, jln SS2/67, Petaling Jaya Selangor.
Harga buka 2.9++K...Selamat bertepung-tawar rega ngan tokey.


7 comments:

  1. ex0015:23 PM

    Sumo dgn 6R15 memang rekomen lah jam ni. Rindu la pulak kat janda sorang ni. hehehe

    ReplyDelete
  2. Takpa, rindu ja bagitau. Hahaha..

    ReplyDelete
  3. "...bilaku rinduuuu...ku sebut namamuuu, didalam mimpiii ku dibelai oleh muuu..." lagi nyanian Siti Firuz (80an) ni aku tujukan buat ex001...

    ReplyDelete
  4. siti fairus... hehehehe rindu janda ni bini tak marah. terpaksa bercerai sebab bro DJ dok nyanyi lagu Ku Tunggu Jandamu kerap sgt...

    ReplyDelete
  5. Waahaha... Lagu ghazal sri maharani lagi best. "...janda ada pengalamannnn..."

    ReplyDelete
  6. Haha... Entah macam mana minat lagu tu. Tu yg syok nyanyi tu. Catchy plak tu. Wakakaka...

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:09 AM

    itu sumo.... berapa discount boleh dapat?

    ReplyDelete