(Kamera aku rabun dekat, payah betul nak close-up. Aku letak cerminmata tok wan depan lensanya haha..baru nampak jelas dial texture)
Tak semua jam dalam koleksi peribadi yang selesa dipakai selalu. Sesetengahnya hanya sempat dipakai sekali aje atau 5/6 kali aje, selepas itu keseronokan memakainya kian pudar dan beralih kepada seronok menyimpannya aje. Dan mungkin mod memakainya lahir semula 6 bulan lagi.
Ada juga jenis manusia yang beli jam semata-mata untuk disimpan, macam hobi simpan duit... kerja teruk-teruk, berjimat sakan, sanggup telan maggi aje tiap hari tapi hati puas tengok angka dibuku bank angka beribu-ribu RM.
Ada orang hobinya menyimpan jam dan bukannya memakai...pelik tapi benar.Namun itu semua ragam dalam melayan hobi.
Ada kala aku tergelak mengenang gelagat dan kerakusan diri sendiri, memburu kedai jam hampir setiap hari dan didalam hati terbisik "Ya tuhan! Pada siapa nak Kau beri duit disakuku ini?" haha.bagai ada jawapanNya dalam diri dimana gerak dan henti kaki hanya menurutiNya, tapi itu semua hikmat dan nikmat kehidupan yang menceriakan perasaan.
Rezeki tuhan harus diagih-agihkan, kita sebahgian dari tangan-tanganNya.
Seiko Monster Samurai ni 'teman rapat' aku ketika perjalanan jauh. Tak seronok tanpa membawanya.
Aku tukar leather untuk kelihatan lebih anggun
Bahagian yang agak unik, macam 'bermata'.
Jarum Seiko Monster ni teramat mengena digabung dengan...
...bezel hitam yang tebal... walaupun macam 'tak ori' tapi lebih cantik dari yang ori.
Berdiri, ditelungkup, dilentang, semua cun
Casing memang cukup berbeza dari diver yang lain.
Sejak berita pengeluaranya dah dihentikan, tak sikit pemburu Samurai menyerbu dan menjejaki setiap kedai jam yang ada dipelusuk KL ni termasuk aku...hehe. Last samurai ada di Singapura, seorang kawan beritau aku dari seberang tambak sana.... +-RM1.2K
Pelik masa mula2 ko tunjuk aku jam ni. Pelik sebab setahu aku takda keluaran Samurai yg dibuat camni. Tapi memang ada satu web yg buat jam custom. Aku nak cari balik web tu.
ReplyDeleteApa2 pun jam ni lebih cun dari ori. Gabungan dail putih dengan bezel hitam dengan jarum monster yg gemok tu buat dia nampak cukup anggun.
Samurai hitam yg aku beli memula dulu memang nampak tak berkenan, jumpa kat kedai yg ruang displaynya agak rojak, Samurai ni diletak bersama longgokkan jam entah apa-apa, tak kreaktif.
ReplyDeleteAda satu kedai pulak siap pakai glove bilamana aku mintak keluarkn jam dr display, takut aku nak pegang..terasa jam tu special semacam...
Bayangkan kalau promoter pakai glove sebaik korang usha jam Q&Q... (jgn mara ye peminat Q&Q)
Pergh! Rasa eklusif betui jam tu. Weh! Aku ada Q&Q tau. Hahaha...
ReplyDeleteAku suka seller camtu. Dia pakai glove tu menampakkan dia seorang yang appreciate jam & seorang yang menjaga jam. Payah nak jumpa seller camni, tambah-tambah kalau kedai jam biasa. Kalau seller kedai jam biasa pakai, salute....
ReplyDeleteGlove? Apa kata kalau depa basuh tangan pulak tiap kali nak keluarkan jam kat disply? Agak2 apa tanggapan pembeli?
ReplyDeletetanggapan aku... fobia h1n1. besa kena kuarantin takpun pernah nazak kat icu. selsema burung punya penangan. hehehe
ReplyDeleteTangan dia busuk kot... wakaka...
ReplyDeletebaru lepas korek idung tu...
ReplyDelete