Monday, December 21, 2009

SEIKO 4WD! ($OLD)


Cuti hari aku balik kampung diMuar Johor,

Sekeliling rumah aku ni pokok-pokok kurma atau dalam bahasa lain arab sawit yang menjadi sumber pendapatan utama negara.

Dan didepan nun bermula projek pembinaan sekolah rendah yang sekian lama tertunda.

Jentera berat sedang berkerja menanam cerucuk

Wow jentera lama! kira vintage ni... selain jam lama ni pun boleh collect!


Didaratan dan lautan antara gunung dan tasik, disini le aku akan lenjan mesin 4WD Seiko snm037 (bukan landmaster ye sepertimana dlm blurb, gua silap haha..ah lantak le!)

Sebaik keluar kotaknya, mesin ni tak sabo-sabo nak mandi lumpur...Eh mana pegi jam aku?

Aaa dah turun pun..... Cabaran dah mula


Dial oren nampak garang dan sporty...

Dua crown besar memudahkan jari yang berlumpur memutar, dan semua crown jenis skru

Haha, Mukanya lebih cun berbedakkan debu dan lumpur.. Caya le!

N,E,S,W pada inner bezel yang boleh diputar melalui crown jam 4

Rubber strap yang lasak boleh dilipat-lipat, mengikat tangan dengan kemas

Juga jaguh menyelam

Peribahasa ada mengata 'Macam kerbau terpalit lumpur', tau maknanya?...

Hah maknanya kalau dapat lumpur jangan makan sesorang, pass sikit kat member-member keliling tu...err? boleh aje lah!



'Movement Malaysia'! Rare...

Lasak untuk semua aktiviti, elok dibuat koleksi sebelum pengeluarannya dihentikan.

Dengan kotak yang cantik serta bantal yang empuk... Apa?..tilam? Tilam Court Mammat ada jual!..

Seiko snm037 ni khusus untuk pasaran Amerika, memang tak jumpa kat Malaysia ni, Jepun pun tarak!

3 comments:

  1. manok7:51 PM

    try gelek jam pakai kren tu la.hehe

    ReplyDelete
  2. Dah... Aku letak atas tiang concrete yg tanam dlm tanah tu,jentera piling tu ketuk, TONG! TONG! tak berkesannn

    ReplyDelete
  3. jam: sampai hati manusia buat aku camni

    ReplyDelete