Thursday, December 3, 2009

CITIZEN DIVER PROMASTERRR!


Teringat zaman kanak-kanak dulu, zaman yg penuh kenangan pahit, masam dan manis.
Kekawan semua suka mandi parit, tau aje la..air memang berkeladak beb, sebaik sampai kami semua tanggal baju seluar terus terjun... BURRR!, BURRR! KBURR! Sorang demi sorang terjun macam kerbau dapat lopak lagaknya....


...tengah syok berkubang tetiba... " Semann...emak kau datang!" kata Si Abu, Kami semua sembunyikan diri dengan menyelam! ... Body aku macam pelampung penyelamat dicipta tuhan memang susah mau tenggelam ...kantoi beb!


Tapi 'kawan' aku yang sorang ni memang kaki selam...


Citizen Promaster... baca kat lengan dia tu





Ketepatan Tekanan air boleh dibaca pada skrin elektronik tu..., teknologi digital/quartz amat sesuai untuk kerja ini, tang ni jam diver automatik tak leh lawan dia...


Sesuai dengan fungsinya maka jam selam memang nampak teguh...


Di musim hujan dan banjir sekarang ni, elok jam sebegini jadi teman kemana aje pergi...


 ...bukan apa, time redah ribut maupun banjir, kita tak risau tentang keselamatan err... keselamatan jam.


Dijana 2 bateri! He, he, model lama 3 bateri aje...


Apa saja elemen pada dial perlu besar/jelas atau kontras, jam diver memang sesuai gitu.





Peminat jam-jam diver! Promaster ini adalah model pelengkap koleksi anda.





"Man! Jom mandi parit!" Jerit Abu dan kekawan aku kat luar umah.
"OK tunggu kejap, aku nak pakai Promaster diver!"

3 comments:

  1. Weih, nampak 'tut' tu... hahaha...

    Jam macam ni aku jumpa kat Penang. Tak tanyak lak rega dia. Tapi digital. Bukan ana-digi camni

    ReplyDelete
  2. Model baru promaster byk tak cun, ful digital dgn dial tak kemas cam yg ni. Dial jam ni best, mark hours berkotak2 beso. Muka jam jelas dan boleh dilihat dalam jarak 100m... pelik kan?

    ReplyDelete
  3. Yang ni aku tak pernah tegnok live. Setakat dalam gambar ja. Tengok yang digital tu ja. Bro... letak la pulak gambo Seiko diver digital tu. Mesti ramai yang tak pernah tengok. Hehehe...

    ReplyDelete