Monday, October 26, 2009

SEIKO presmatic 30jewels!



Lama dah aku cadang nak contact uncle Luv ni, kerana koleksi jamnya dalam mudah.com hebat belaka. Bermula dengan seiko bullheadnya yg terpampang di mudah.com yg membuat aku mula tidur tak pejam mata.
....
Seminggu selepas tu sebiji lagi bullheadnya yg lebih berkilau muncul dimudah.com!..."Ini macam tak boleh jadi! Uncle dah buat aku hilang sabar"... itu jam jugak aku email dia tanya harga.
....


Ha, ha.. pagi ahad uncle jawab sms aku dan aku terus call buat temujanji...
Jam 5.00 petang aku tunggu uncle direstoran mamak tempat biasa dia lepak. Sementara menunggu dia sampai aku order roti canai...
....



Sebaik aje uncle muncul aku dah nampak wajah mesranya... sambil sembang dia keluarkan seketul demi seketul koleksi yg dibawanya termasuk SEIKO BULLHEAD!, perhh...roti canai yg aku makan dah tak sedap, makan roti tapi rasa jam.

OK, ini satu dpd koleksinya yg dapat dikongsi sama peminat Seiko khususnya...silakan...


Bentuk casing yg unik gila.


Belakang rata! baca le apa mentera yg tertulis belakang tu... Hanya otai yg boleh 'scan'.


Susah betul nak tangkap gambar, casing boleh buat cermin muka!


Bracelet pun cantik.


Pengetahuan uncle Luv tetang jam-jam lama seiko ni memang aku tabik springgg...banyak petua aku dapat bawak balik percuma darinya...he, he. TQ uncle.


Aku memang suka saiz casing besar.


Keliling hujung casing 'tajam'.


Seiko Presmatic, hi-beat 30jewels...macam pesawat UFO.


Terima kasih uncle Luv kerana izinkan aku berkongsi minat dgn member2 diluar sana, akan datang koleksi beliau yg lain akan aku preview, tungguuuu.....



1 comment:

  1. Anonymous6:06 PM

    salam. gua ngan member baru order 2 presmatic dari uncle luv. dia kata nak mail ari isnini ni. tak sabar....

    ReplyDelete