Apabila Sdr Asmar (duniajam.blogspot) memberitahu aku tarikh dan tempat (apartment) perjumpaan para penternak jam seluruh Malaysia bakal diadakan aku mula merasa kesungguhan api semangatnya. Maka lahirlah idea T-shirt untuk menjadikan majlis 'walimah' itu lebih bermakna.
Hanya dibuat di apartment kerana pada awalnya majlis walimah itu hanya bakal dihadiri oleh 'sedara-mara terdekat' aje, bahkan kumpulan kompang pun terdiri 3 orang aje (memang pecah kompang pecah tapak tangan).
Tapi bila aku war-warkan kepada Sdr Radzi (thetick2.blogspot.com) beliau terus memberi sogokan, sogokan tenaga dan cadangan yang membuatkan kehadiran peserta bertambah ramai! Sampaikan lokasi perjumpaan berpindah randah. "Kena buat kat Stadium Bukit Jalil la San" rintihan smsnya apabila lokasi awal tak dapat menampung orang kampungnya yang juga tak mau miss majlis julung kali tu.
OK! Apa logo dan tema? Semasa grafik pertama hampir siap aku terus telefon sdr Radzi memberitahu konsep grafik yang aku reka dan minta beliau perah otak memikirkan temanya pula, kerana grafik lebih kukuh jika disokong sebaris ayat yang ringkas tapi sarat! Setelah beberapa minit 2 tema yang beliau cadangkan 1) 'HOROLOGY FOR UNITY' (untuk logo depan) dan 2) 'WATCHES. ANYONE? VISIT OUR BLOGS!' (untuk grafik belakang). Terimakasih Radzi, hang copywriter bagui!
Dari bentuk, warna dan ayat lahirlah satu konsep yang sedia untuk dicetak di T-shirt dan di ingatan para peserta yang bakal menghadiri dan menyokong upacara yang julung-julung kali diadakan di Malaysia ni.
Logo dicetak pada 2 helai T-shirt iaitu kelabu dan hitam, masing-masing logo hanya berbeza warna sahaja.
Serupa bahagian belakang. Untuk mewujudkan elemen cergas maka warna hijau floresent dan oren dipilih.
Pada dial jam terdapat angka dan petunjuk dimana upacara petemuan bakal diadakan. Angka 4 dalam bulatan: 4 HARIBULAN, Jarum panjang dikedudukan jam 12: DECEMBER, dan jarum pendek dikeduduka jam 2: 2PM majlis bermula.
Bahagian belakang tertera nama-nama rakan blog jam di Malaysia.
T-shirt hitam mempunyai sedikit kelainan yang agak misteri, tak boleh dilihat dengan mata kasar...
..dimana bahagian ini menggunakan bahan pewarna timbul (amboss)!
Manakala dimalam gelap logo memancarkan cahaya! superluminova! seram tu...
GENAB 70 helai dicetak untuk tempahan terbuka.
Bermakna hanya 70 helai aje yang bakal tersebar seluruh dunia...limited!
Kreatif hangpa dua. Bravo!
ReplyDelete