Thursday, May 19, 2011

Kiambang, mekar mu dipinggir kali

Begitulah Usop, pemuda kampung yang jatuh cinta dengan kiambang sekampungnya. Sampaikan dah lupa makan minum. Apa taknya, sebelum ni kalau emaknya panggil makan dia belari kedapur meninggalkan kucing-kucingnya jauh dibelakang, tapi sejak seminggu dua ni dia dah mula berubah, bila dipanggil makan dia datang tapi duk garu-garu kepala depan pinggan. "Usop, nasik dah depan mata kenapa ko tak makan-makan?" tanya emaknya. "Err... Usop dah lupa macamana nak makan la mak..." jawapnya. "Wah, lupa makan? boleh bawak maut nih!" bisik hati emaknya. Lekas-lekaslah emaknya talipon ambulan segera hantar Usop mendapatkan rawatan bomoh handal di ceruk kota...

Zaman dulu masyarakat lebih mempercayai perubatan bomoh. Menurut kawan aku juga seorang bomoh muda, inilah 'masalah' orang kita. Keyakinan mereka terhadap bomoh yang memulihkan mereka walaupun bomoh jampi serapah tah apa-apa. Kesan plasibo yang berlaku katanya. Sesapa yang belajar doktor tentu tau makna plasibo dimana kepercayaan pada sesuatu memberi kesan rohani dan jasmani seseorang. Haha, aku sendiri menggunakan kesan plasibo nih...hehe

Aku teringat dulu orang kampung aku yang niaga ubat kaki lima, katanya seorang pesakit mengucapkan terimakasih kerana keberkesan ubatnya menyembuhkan sakit lelah yang lama dihidapinya, tapi sebenarnya ubat itu adalah tahi kambing yang dijemurnya dan dibotol, dilabel dan dijaja dengan bijaknya. Err kawan aku kata itu lebih baik daripada makan rezki haram rasuah dan curi...ok juga.

Inilah kiambang dipinggir kali sepertimana lagu 'kiambang' nanyian M.Nasir

Kiambang, bayang mu di air tenang...

Nasib mu kiambang di pinggir kali,
dan kau mekar menghiasi desa,
kemarau panjang pun tiba...

Walaupun bau mu tak seharum mawar
namun kau masih tetap menawan... Kiambang

Begitulah, nasib kiambang...
Ok, kiambang jepun yang menjadi pujaan hati peminat Seiko GMT worldtimer ni boleh korang ratapi bersama lagu M.Nasir berjodol> KIAMBANG (klik)
(RM800 nett)

6 comments:

  1. KIAMBANG... tempat mu di pinggir kali. ceh, lagu M. Nasir Kembara... ni KIAMBANG JEPUN kalu tali besi sure KEMBANG...

    ReplyDelete
  2. Memang kembang, tapi tali besi payah dpt la... apa komen ttg jam ni bro radzi?

    ReplyDelete
  3. macam janda aku...cuma aku punya tu complete dengan tali dia... dah jadi hakmilik Mr. Black... harga wokeh tuuu

    ReplyDelete
  4. Itu hari kata dah let go? Aku kecewa sampai kena ambik GMT lain.

    ReplyDelete
  5. ini bukan sekadar gmt tau, worldtimer lagi..

    ReplyDelete
  6. Fuh, GMT-Master pun kalah tu!

    ReplyDelete