Lama dah tak ke mari.... Tengahari tadi aku sempat membuat lawatan mengejut ke Amcorp Mall tempat berkumpul barang-barang dan orang-orang lama khususnyn para peminat seperti aku. Banyak koleksi lama berlonggok di setiap lot yang memenuhi semua aras 4 tingkat, seperti pinggan mangkuk, piring hitam, duit/stem lama, keris dan lain-lain.
Uncle berkaca mata tu dah lama bertapa di sini, meja dia paling sarat dengan jam lama. Kekadang dekat 10 orang menonggeng keliling meja membelek koleksinya dan kalau berkenan bagitau tokey, boleh runding bawah meja...
Ikut sama Towbakalahari putera aku yang bakal memasuki tahun 1 tahun depan...payah bawa budak ke mari...
Walaupun awek-awek sini seksi dan mengoda haha sikit iman aku tak goyah... zikir mesti cukup beb!...
Aduhhh, JAM!!!... "a Allah teguhkanlah iman ku dari hembusan hawa nafsu! huhu
.
Nampak Seiko Bullhead? Jam ni ditempatkan bersama-sama Zenith, Rolex dan Omega kerana nilainya yang setanding! RM1.8K...ada? kalau tak da boleh berlalu dengan hormat...
Di sudut lain aku jumpa koleksi dari bumi Russia!
Yang depan ni bukan Boctok atau Vostok... tapi sangat montok! Dial plain tak tau nama...
Salah satu yang menarik ialah jam pesawat lama MiG! Pesawat paling canggih di eranya! Sebesar jam meja, enjin masih kencang beb! Russia...negara angkasawan pertama dunia..berbanggalah sesiapa simpan seketul/dua jam buatan Russia.
Jet bersepai ditembak Mujaheddin Afghanistan, tapi benda ni masih jalan... komponen yang lasak dan berkualiti!
Mask askar Russia ni ada belalai? senang nak minum kut?
Ok, kalau ada kelapangan dihujung minggu apa kata luangkan masa 5jam disini? Biarpun tak membeli tapi pendedahan kepada barangan lama ni sangat bermakna.
Lamanya aku tak pi situ.. Masa dok pi dulu, minat aku kat jam dlm mode hibernate. Tak ushar langsung masa tu dgn duit takda lgsg masa tu....
ReplyDeleteHarga jam sini boleh tahan...
ReplyDeleteUih, boleh rambang mata kalau jalan kat sini.. harga boleh runding tak kat sini?
ReplyDeleteboleh tahan atau dengan bahasa kasarnya "Tak boleh blah" hahahaha
ReplyDeleteKalau berkenan rega bawa runding senyap2 dgn tokey bawah meja tu...hehe
ReplyDeletebek... apek gemuk tu memang vintage & antik. Aku kenal dia dah 8 tahun. Baju dia tu dah macam uniform, setiap hari ahad dia akan pakai baju tu...sejak 8 tahun dulu. Tak caya korang gi next week sure baju dia sama. Kepada yang belum pernah pergi Amcorp elok la gi sana - One Stop Vintage & Antique Centre. Selain dari apek gemuk, ada bebarapa lagi yang jual jam - Andy Chrono, Tony, Edmund, Tan Batu, Lee King Kong, Abang Hamid & Co, Awe Mega dan Tauke Muka Tak Mandi... dulu aku supply jam kat diorang.
ReplyDeletelupa... nak beli jam apek gemuk kene hati-hati terutamanya yang jenama swiss, memang murah! tapi... banyak jam rojak. aku pernah terkena...
ReplyDeleteBeekk! Sah ko dah kena...Baju apek tu ada pelaris tau! kslsu spek buka baju tu mesti org cabut..
ReplyDeleteaku dengan dia ada 'special price'... cuma koleksi dia agak kurenggg... Tony tak bising ke ko amik gambar display jam dia tuh? hahha... ko gi jumpa Tan Batu kat tingkat 1... tanya yang 'special punya'...kat display takde... dekat pouch pinggang dia ada...cina kuala kedah
ReplyDeletejauh berjalan luas pandangan...'banyak orang, banyak jam'
ReplyDeleteAku dah minta izin kat Tony, siap tepuk2 bahu dia lagi...mesera uuuu
ReplyDeleteAdui, aku takleh gi tempat ni.. tak boleh.. karang aku meratap kat bawah meja, taktau nak pilih yang mana.. kat blog detik12 ni pun dah cukup buat ait mata aku bergenang.. huhu!!
ReplyDeletesuka jam... aku regular kat Amcorp ni dari tahun 2000... nak kongsi petua. datang awal dalam pukul 9pg. kat situ ada kedai mamak (dekat dengan Giant). kat situ la supplier deal jual jam (supply) kat taukeh-taukeh kat sana. so korang bole deal direct. bila masuk display or terpampang atas meja taukeh2 tu... harga naik paling kurang RM50. first customer biasanya dapat harga special. semua taukeh nak cover sewa dulu. sewa hari ahad 1 hari RM30 jeh. dulu aku pernah bukak meja sambil-sambilan jual jam... dulu laaa. skrg biar detikduabelas yang jual... he he he
ReplyDeleteHadoi... nak kena ajak abg Hassan & abg Razi nak pi nanti. Boleh kot no? Bulan 12 la kot. Masa perjumpaan nnt. Hehe
ReplyDeleteWah, malang betul aku jauh kat seberang ni.. kalau dekat2 sana, dpat gak naik keta pi jln2 tgk jam kat amcorp ni..
ReplyDeletedunia jam dan suka jam, hangpa nak mai sini, no problem... aku dengan hasan bole jadi host. habaq kami awai2...
ReplyDeleteTau tak kat mana nak service & repair jam?
ReplyDelete