Thursday, January 12, 2012

Pendaratan Epos digurun Mars...

Apakah Mars sesuai untuk kehidupan manusia? Persoalan yang masih belum mendapat jawapan sempurna dari para saintis NASA yang masih mengkaji data-data yang dihantar oleh robot Viking Landernya yang hidup sendirian disana.
Walaubagaimanapun jentera Epos aku yang selamat mendarat di sana mungkin dapat membantu memberikan maklumat penting yang diperlukan...hehe.

Permukaan planet berpasir jadi takda masalah nak buat rumah kat sana, cuma bawak air dan simen aje hehe.  Jika jentera Epos ni takda masalah menghadapi iklim disini itu petanda kita manusia boleh hidup dan beranak penak disana.

Sejam mendarat dibumi Mars degupan jantungnya lancar seperti biasa, emmm...maknanya aku pun dah boleh turun la ni...

...hehe nasib baik aku bawak moto, bolehlah ronda-ronda sekitar Mars bersama Epos Submariner.

Pada awalnya model ini tak laku dipandangan mata aku kerana saiznya besar (44mm) berbanding jari aku, tapi bila setelah masak difikir ia sangat 'simple'! Betul bagai dikata 'Tak kenal maka tak cinta', namun yang buat aku tambah semangat memilikinya adalah kerana model ini sudah dilupuskan pengeluarnya.

...maknanya model ini dah mula memasuki 'THE RARE ZONE'! Alam (zone) yang dipenuhi lembaga-lembaga misteri yang bakal membuat para penternak jam tak lena malam maupun siang.

Wajah penuh kesederhanaan, dan gaya tak menunjuk-nunjuk... tapi kelihatan mantap!
...Tapi saiznya sangat menjolok mata yang memberikan perbezaan ketika melilit tangan.

Melihatnya dalam terang cahaya angkasa memberikan pandangan mengkagumkan...

...itulah yang membuat hati aku tak tertahan.

... satu-satunya dari banyak model Epos yang berjaya mendarat di gurun hatiku yang gersang...asa baeekkk hehe.

Jom kita layang lagu lama popular Jay jay tahun ni... lagu time aku duk bujang trang tang-tang.

3 comments:

  1. Akhirnya,tersemat juga epos dihatimu... hehe

    ReplyDelete
  2. San, aku berani potong jambul jam ni memang gah. Sapalah mamat tak reti bahasa yg jual kat ko tu. Untung ko San ...

    ReplyDelete
  3. Mmg betul KP. mamat ni mmg langsung tak berhati perut dan takde tali pusat. Baru beberapa bulan berkepit dah dibuang mcm hampas kelapa. Nasib baik aku sudi mengutipnya buat jadi bini.

    ReplyDelete