Saturday, October 7, 2017

RADO CAPTAIN COOK (REISSUE 1962)

Salam kekawan semua, lama aku tak berkarya dalam blog kerana kesibukan duniawi. Masa betul2 mencemburui aku nampaknya. Pantang aku free ada saja kerja yang nak dicampakkan pada aku.
Tapi tak ngapa, dunia ni tempat mahlukNya berkerja dan mengurus segala urusanNya.

 
Beberapa minggu yang sudah in box mesej aku di kejutkan oleh satu mesej dari kawan jam. Berita gempar gamaknya. Katanya Captain Cook dah sampai di Pulau Pinang! Terimakasih kepadanya kerana sudi berkongsi dengan aku berita2 tentang hobi ini.

Rado Captain Cook lahir pada 1962 mengambil nama pelayar besar British (Captain Cook) yang hidup pada 1728-1779.

 Terimakasih tak terhingga pada sahabat sehobi aku Mr Ihram yang sudi mendapatkannya untuk aku. Kerana tak banyak Rado yang ada model terbaru ini.

Sememangnya aku sangat seronok menatap model klasik diver ini. Ciri2 rekabentuk lama begitu menyenangkan dimata.
 Dial dan glas serba buncit ditambah dengan kilauan insert bezel seramik.

 Limited 1962 pcs worldwide

 Sempat bertemu 'original' Captain Cook milik seorang kawan.

 Bolehlah buat bandingan.

 Jam-jam Swiss mempunyai karekter tersendiri.

 Jarum arrow dengan saat berupa busur panah.


 Jenama yang Xcellent sepanjang zaman. Memelihara standard dan kualitinya.

 Dari sisi glass sapphire kelihatan mengembung.

 Indek 'Patina' yang sedia ada tak payah tunggu berpuluh tahun.

 Saiz 37.3mm agak selesa ditangan aku.

Ingat Rado ingat Seahorse.

No comments:

Post a Comment