Saturday, March 18, 2017

T-SHIRT TERBARU H4U 2017: LAGENDA SEIKO SKX 200m

Salam harulogi buat semua. 

Tahun ini adalah tahun yang begitu terasa harunya buat peminat Seiko khususnya Seiko diver. Mutakhir ini pasaran dunia dirancakkan dgn model-model baru Seiko berjenterakan 4R/6R! Boleh jadi Seiko cuba mengagresifkan pasarannya bagi menyaingi pesaingnya. Mereka tak lagi bergantung nyawa dengan model2 famousnya lagi khususnya DIVER siri SKX yang dah lebih 20 tahun dipasaran.

Generasi SKX dengan enjin 7S26 memang cermelang, tapi kecemerlangannya tak akan dikompang sepanjang zaman kerana dunia horologi hari ini pantas berubah, mereka terpaksa mengikut selera pengguna yang ditawar banyak pilihan.

Memandangkan model menuju kepupusan maka aku himpunkan model2 siri SKX 200m sejak siri pertamanya.


Sebaik Seiko pencenkan model diver 7002 (150m) diganti ia dengan generasi baru diver 200m dengan enjin 7S26. Model pertamanya adalah SKX001 (SKX003-bracelet) desusuli dengan SKX005 dan 006 (satu2 siri skx bernombor genap!). Model ini bersaiz diameter 37mm (mid-size).

Keluarga mid-saiz ni berkembang biak dengan model SKX013,015 dan 017 dengan penambahan 1mm saiz diameter (38mm). SKX017 berdail oren paling sikit dipasaran bahkan seumur hidup tak pernah aku jumpa.

Ini pula kaum kerabat SKX007 atau dikenali dengan SKX BOND. Sebahagian keluarga BOND ini masih memenuhi pasaran sehingga hari ini iaitu SKX007, SKX009, SKX175 dan SKX173. SKX009 sama dengan SKX175 cuma SKX175 untuk pasaran Amerika Utara.

SKX171 ini digelar STARFISH, aku gelar ia Seiko Patrick/Spongebob. Model ini agak unik dan jarang kita jumpa di kedai2 jam apatah lagi dikedai runcit, haram tak nampak..heh.

SKX403 dan SKX405 ni lahir 1999 hingga 2000 ini ditempa dari logam TATINIUM. Dua lagi model tatinium adalah SKX421 dan SKX423 yang bezel 'TAG HEUER', hanya 2 tahun pengeluaran.

SKX779 dan781 atau dikenali dengan nama MONSTER kerana indek jam menggunakan Superluminova yang lebih terang. Mula masuk pasaran pada tahun 2000, model terlaris selepas SKX BOND.

SKXA33 model keluaran 2002-2005 yang tak pernah kita jumpa. Sebelahnya SKXA35 dial kuning salah satu model keluaran Seiko Malaysia tapi tak kita jumpa di Malaysia kerana dia hanya suka peluk  tangan orang Amerika aje..ceh!

Dikenali dengan jolokan SEIKO KNIGHT! Model ini juga keluar dengan movt quartz.

SKXA53 dan SKXA55 atau dikenali dengan nama SEIKO BULLET kerana indek jam menyerupai peluru. Ini satu-satu baka BOND yang paling mahal ketika ini kerana diancam kepupusan. Dari 28 model SKX itu hanya 2-3 model yang masih bernyawa hingga kini dan harapan untuk mengumpul semuanya memakan masa dan ringgit.

Namun jangan resah gelisah, korang akan dpt semua siri model SKX ni kerana semua anak beranak SKX 200m ini akan aku abadikan berupa 'katalog' untuk menjadi rujukan dihari kemudian.
Design X (Heading pendek dan jam mendepankan model terawal)
Design X (Heading panjang sikit dan mendepankan no model siri terkemudian)
Dan yang bestnya grafik jam menggunakan skala jam sebenar. Jadi dengan memakai baju ini serupalah korang memakai semua siri diver SKX yang popular ini. 

 'Emblem' khas yang unik tertera dibelakang dipenjuru kanan.

 Baju jenama 'Four square': Hitam 100%cotton. dan dark grey 65% poly (lembut dan selesa dlm cuaca panas)
 
HARGA (semenanjung): RM50 sehelai  
HARGA Sabah/Sarawak): RM55 sehelai 
WARNA: HITAM, KELABU GELAP
SAIZ: S, M, L, XL, 2XL, 3L 
CARA TEMPAHAN: SMS/WATTSUP 012 3939 084.
HARGA (semenanjung): RM45 sehelai atau RM85 sepasang (2 helai). HARGA Sabah/Sarawak): RM50 sehelai atau RM90 sepasang (2 helai). WARNA: HITAM sahaja SAIZ: S, M, L, XL, 2XL, 3L CARA TEMPAHAN: Bankin ke Maybank ac. 114011119462 (Hassan) dan sms alamat pos ke 012 3939 084. TARIKH TUTUP TEMPAHAN: 10HB OKTOBER 2014 (tertakluk pada perubahan). Dan tarikh edaran adalah pertengahan November 2014 insyallah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

No comments:

Post a Comment