Wednesday, June 22, 2016

"RUSIA dah mula serang! Ini malam jugak kita keluarkan MERIAM!"

"TAK BOLEH JADI, RUSIA DAH MULA SERANG! INI MALAM JUGAK KITA LETUPKAN MERIAM!"
Kata Abg Usop jiran belakang rumah aku. Petang tu juga dia ke parit depan rumahnya, dari parit berair tu dia keluarkan dua pucuk meriam buluh yang dah berusia, kotor bersalut lumpur. Rupa-rupanya itulah rahsia dan petua menyimpan meriam buluh agar tahan lama dan padu ledakanya. Jadi tak perlulah ke hutan tiap tahun bila musuh menyerang.

Selepas berbuka puasa abg usop pun mula menyalakan pelita. Bau karbaid disekeliling mula membakar semangat. Sebaik mendengar dentuman bertalu-talu dari 'negara' sebelah abg usop yang berkain pelikat paras lutut mula menyucuh api  membalas dentuman. Takut punya pasal masa dia pegang pelita pun aku dah tutup telinga haha. Meletop kuat tuuu!

Begitulah sedikit sejarah meriam buluh tahun 1970-an dulu. Suasana malam yang biasanya sunyi di kampung digegar oleh kemeriahan meriam buluh yang saling sahu menyahut sekitar kampung menjadikan malam Ramadan begitu ceria.

 

Jenama Sturmanskie lahir pada 1949. Ketika itu model ini tidak terdapat di pasaran manapun kerana ia dibina khas untuk juruterbang tentera Soviat (Russia).

April 1961 Angkasawan pertama dunia Yuri Gagarin menjelajah ruang angkasa bumi dengan Sturmanskie ditangannya yang menjadikan ia jam pertama di dunia berdetik di angkasa. Maka bagi memperingati detik sejarah itu maka lahirlah semula model STURMANSKIE GAGARIN dengan mengekalkan beberapa ciri asalnya.

Kotak menyerupai Kapsul kapal angkasa Vostok. Bagai angkasawan yang baru pulang dari angkasa.

Sikit info dari Red Army website tentang jam ini: On 12th April 1961, Yuri Gagarin became the first human to travel in space in the Vostok 3KA-2 Space Capsule and return to earth. During the historic flight, Gagarin wore a Sturmanskie Pilot's wristwatch. In 2001, the Volmax Company produced a model to celebrate the jubilee of Gagarin's flight. 
Yuri Georgiyevich Shargin - a lieutenant colonel in the Russian Space Forces wore his Gagarin commemorative model in space in 2004 as the flight engineer on the Soyuz TMA-5 mission to the international space station. Sharon was the first Russian military cosmonaut to board the station and he wore his Sturmanskie Gagarin for the duration of the 10 day flight.

Apa yang bestnya model terhad ini adalah beberapa aspek yang telah ditambah seperti saiz diameter ditambah sikit bagi keselesaan tangan- crown skru, glass mineral, enjin Poljot 2609 dan harga yang tak menyeksakan.

Ada 3 versi pilihan tapi ini yang dicadangkan.

Embelem angkasawan pertama dunia. Yuri Gagarin. Soviet membina jam untuk projek angkasanya sendiri, berbeza dengan strunya Amerika.

Jarum saat merah yang sangat panjang macam ekor komet.

Dial hitam senang nak digayakan dengan strap lain.

Glass buncit yang sangat cantik dipandang dari sudut sisi.






Model-model reissue melengkapi koleksi para pecinta model bersejarah, kerana model asal semakin pupus dimuka bumi atas faktor usia. Kalau ada pun harganya mahal dan tak gamak nak dipakai harian, hanya sesuai dibuat pameran aje.

Salam Ramadan kawan...

No comments:

Post a Comment