Wednesday, December 23, 2015

KENANGAN CINTA SILAM MUNCUL KEMBALI... NINJA TURTLE

Suka-duka kenangan lama tidak akan lupus oleh usia kita, semua tersimpan dalam stor 'memori' sepertimana surat-surat atau album-album gambar yang terperap dalam stor yang gelap dan berhabuk, semua dah dilupa atau terlupa.

Tetapi kenangan lama itu akan terpancul kembali di ingatan apabila telinga kita didendang lagu-lagu klasik silam. Pastinya lagu-lagu klasik tersebut terkesan di hati lalu men'google' memori kita kepada kisah bercinta maupun putus cinta dizaman remaja dulu, maka saat terhibur mendengar lagu ada yang tersenyum dan ada pulak yang menangis sendirian sedihkan sesuatu.

Begitulah nilai dan peranan lagu klasik menyulam kembali kisah-kisah nostalgia yang begitu berharga dalam putaran roda kehidupan kita.

SPESIS NINJA TURTLES!

 
 Sebaik aku melancarkan baju-t 6306 sempena ulang tahun ke-5 Horology for Unity Seiko juga mendendangkan kembali 'nostalgia silam' melalui model terbaru SRP77X yang aku gelar 'NINJA TURTLE' yang mirip model lama TURTLE 6306/9.

 
 Sebaik Ninja Turtle ini sampai ditangan aku terus membandingkan ia dengan turtle lama 6306 (kiri). Jarak usia kedua-dua model ini ialah 30 tahun! (2016-1986)

 Nampak serupa tapi banyak perbezaan yang boleh dikesan dengan mata kasar.

 Body Ninja Turtle yang sikit besar termasuk ketebalan.

 Bezel Ninja juga ada penambahan diameter.

 Crown juga jelas berbeza

 Datang dengan 4 variasi, kesemuanya segak belaka menyebabkan susah kita nak buat pilihan.

 Bagi aku blue Ninja turtle ni lebih lawa dari blue Sumo.

 Juga dial pepsi yang mencucuk mata.

 Apa yang gampangnya adalah Ninja model baru dengan enjn 4R36 ini lebih mahal dari Sumo Japan yang berenjin 6R!

 Apapun kelahiran generasi terbaru turtle ni mengimbau semula kenangan lama seperti mana terdengar lagu klasik juga.

Namun bagi para kolektor model klasik 6306/9 aku harap korang janganlah hampa dengan kedatangan Turtle baru ini. Kerana model baru ini tak mampu menggugat nilai model klasik 6306/9 yang menyimpan nostalgia hebat dunia horologi yang juga sejarah bernilai Seiko. 

Anggaplah model baru ini hanya sebauh lagu lama yang dinanyikan semula oleh penyanyi baru dengan rentak baru... emmm ada best ka?

3 comments:

  1. ninja penyu vs pendekar penyu

    ReplyDelete
  2. Berapa harga turtle yang baru ni tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rubber rm1890 dan bra rm2014 wak sebelum diskaun

      Delete