Thursday, March 12, 2015

"Semenjak berkerja di Singapora, kao sudah mampu membeli Seiko"

Penghujung 1960-an.
Sebut aje ada kenduri kawin satu kampung tumpang gumbira, khususnya kaum muda dan kanak-kanak. Kebanyakan anak-anak kampung ketika itu membesar dengan nasi berlaukkan kicap atau ikan kering, nak merasa daging atau ayam kena tunggu ada kenduri...susah wei.
Maka kalau nak merasa nasi minyak kena tunggu orang kampung kawin pulak. Kalau setahun kampung takde orang kawin maka kebulur nasik beryani le jawapnya hehe.

 
 Seminggu sebelum kenduri diadakan sekampung akan keluar bergotong- royong 'angkat  balai', iaitu mendirikan penanggah (bangsal). Satu didirikan di belakang rumah untuk kerja-kerja rewang dan satu lagi di laman untuk jamuan para tetamu datang. 

Balai atau penanggah ketika itu dibuat secara pasang siap dari KAYU serupa macam nak buat rumah! Maklum la masa tu struktur besi belum ujud lagi haha. Orang ramai akan berulang alik menggunakan gerabak mengangkut kayu, papan dan atap zink untuk dipasang sehingga penanggah siap. Kerja-kerja rewang seperti kupas bawang, kentang dan masak akan dibuat di sebelah malam dengan bercahayakan lampu gasolin.

Penanggah dulu besar dan tinggi, tak silap 30 kaki panjang.
 Diwaktu kenduri berlangsung dulang2 hidangan disusun dilantai penanggah untuk tetamu kenduri. Semua kerja-kerja menghidang dan membasuh pinggan-mangkuk dibuat secara gotong-royong. Setelah kenyang makan tetamu akan dihadiahkan bunga telur dan sebungkus nasi minyak untuk di bawa balik.
Ketika majlis jamuan berlangsung kedengar di kejauhan bunyi pukulan kompang mengiringi pengantin lelaki datang. Sebelum masuk rumah dua mempelai itu akan disandingkan dulu di halaman rumah.

 Haha ini le time yang aku suka iaitu upacara silat penggantin. Masa ni ada le orang keliling yang menyakat dan tolak-menolak rakan taulan ke depan mempelai untuk persembahan silat. Bila sorang memulakan langkah silat maka muncul yang lain memperagakan gaya silat pengantin. Cantik bunga silat pengantin ni bak tarian pendekar Melayu. Ada ketika 3-5 'pendekar' bersilat sehingga berpeluh pengantin berjemur. Tapi sekarang semua budaya hebat itu sudah terhakis.

Sebelah malam orang kampung akan dihiburkan dengan nanyian kumpulan ghazal jemputan. Masa tu boleh kata kebanyakan kampung ada kempulan gazal masing-masing. Tua atau muda akan turun berhibur. Lagi pun inilah saja masanya orang kampung dapat berhibur berbanding kita hari ini yang 24 jam dpt berhibur kerana adanya TV dan radio, dirumah maupun di kereta. Jadi jangan le kita mudah memperlekeh budaya silam atuk/nenek kita kerana mereka hidup tak dikelilingi kemajuan seperti kita kita hari ini.

Tapi apa yang pasti kehidupan di era 1960-1970-an ditatah oleh seni budaya yang menjadi identiti kita hari ini. Meminati seni silam itu mengambarkan jiwa kita damai pada suasana itu.

Seiko rally 7s36-0070 di kiri adalah model reissue Seiko rally Seiko 5126-8130 di kanannya.

Keduanya dipisahkan jarak usia 28 tahun (1969 dan 1997).

Yang lama glass tebal.

Milik kolektor Jepun yang kaya kasih sayang sehinggakan ia kelihatan baru seperti asalnya.

Serupa tapi berbeza enjin.

Sebetulnya Seiko mengeluarkan banyak model 'Rally' dan hampir kesemuannya cantik dan diminati para pengemar Seiko.

Keunikan pada grafik insert bezelnya yang sangat sporty.

Bila menyarap kelihatan kedua-duanya memiliki punggung mantap dan besaq.

Meminjam ciri-ciri bentuk jam diver membuatkan ia kelihatan tegap.

Tapi sayang.. sejak dulu lagi model-model Jepun ini tak minat memasuki pasaran kita.

Mungkin kerana saiznya yang terlalu besar atau...

... atau boleh jadi ketika itu harganya mahal dari jam-jam jenama Swiss
..seperti mana kisah silam ini...











2 comments:

  1. salam bang.. tmpg tnya dan mntk pendapat sket..

    sy berhajat nak beli Seiko Superior Automatic SKZ325.. ok tak erk jam nie? berbaloi tak utk beli? atau lbh baik dptkan model jenis terbaru...

    prnh pakai x jam nie sblm nie?

    ReplyDelete
  2. salam, model awal tu, model baru enjin 4r

    ReplyDelete