Saturday, January 24, 2015

Suatu hari...

Suatu hari di kampung Seri Lalat...





Suatu hari di Kampung Saujana Utama Sungai Buloh...

Aku dikejutkan oleh satu bungkusan misteri. Bekas warna oren siap tulis 'A'.

 Berdebar-debar time aku membukanya, risau meletop hehe. Tu dia dah keluaq isinya....

Duk dalam satu lembaga bersalut tembaga tulin.

Ring bezel xtra siap serta juga dari tembaga!

 
Boleh tukar-tukar bezel ikut suka.

ARMIDA namanya, tak pernah aku dengar sebelum ni.

Badan ditempa dari tembaga menjadikan kerak dan karatnya tambah cantik.

Di palu oleh jentera NH35A (Seiko)

Ganas juga saiznya.

Bengis warnanya.

Tembaga kalau di gosok kuningnya mengalahkan emas. Kalau dibiarkan kehijauan karatnya.

Punat crown besar, senang nak gentel.

Spesis air dalam ini mampu bertahan dalam tekanan 300m kedalaman air.

Glass sapphire kalis calar menjadi elemen penting ketika di darat.

Tingkap haribulan kemas terletak dibawah, tak kacau pandangan..

Lume pun menyinar cantik.

Memandangkan dah tak turun ke laut aku pakaikan ia tali kulit untuk keselesaan yang lebih.

Berbanding tali asanya yang keras.

Agak payah nak kenakan warna tali yang sesuai selain hitam, hijau atau coklat.

Gigi bezelnya yang sangat aku suka...halus-halus.

Sememangnya jenis logam memberikan aura yang berbeza jika memakainya sebagaimana perasaan yang hinggap ketika aku melihat kekuningannya. 

Warna tembaga ini mengingatkan aku kisah-kisah silam yang mana ketika itu banyak perkakasan dan perhiasan rumah di buat dari tembaga. Bahkan nama tembaga digandingkan pada haiwan buaya bagi mengambarkan ia spesis unik dan lebih ganas! Begitu juga durian tembaga yang warna isinya itu sangat meliurkan.

2 comments:

  1. Apabila ETA Montres S.A. dikuasai oleh Swatch Group, banyak pembuat2 jam dari Switzerland, England, Germany dan U.S.A. mula menggunakan movement Seiko dan Miyota... ini lah trend sekarang. Pasal Swatch Group cuma membuat dan menjual ebouche ETA kepada pengeluar dalam group mereka sahaja... antara movement yang bagus adalah Miyota 9015 yang setanding ETA 2824 COSC grade...

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:48 PM

    Armida usd370.
    Kat malaysia ada jual ke bos

    ReplyDelete