Sunday, December 21, 2014

BANJIR MENGANCAM 'TERNAKAN'!

Banjir melanda pantai timur, habis rumah dan pekan ditenggelami air.

Aku harap kekawan jam semua berhati-hati dan bawa ternakan korang ditempat selamat, apatah lagi kalau korang ternak jam-jam klasik yang memang tak suka air.
 
 Kalau cermin jam muncul ruam-ruam wap air, gosok-gosok tak hilang, haa jugak itu tandanya air banjir duk dalam jam laa. Jangan gelabah, memandangkan kedai jam pun tenggelam banjir elok kita rawat sendiri di rumah. Petua mudah yang pernah aku dengar ialah kambus jam tu dalam beras selama beberapa hari, tak perlu bukak casebacknya, kalau bukak nanti beras pulak sumbat dalam enjin lagi jahanam.

Tapi kena tengok-tengok selalu takut-takut ...

 ..jam jadi nasik, ini lagi jahanam. 
Tapi kalau beras pun basah banjir maka cara cepat nak hilangkan wap dicermin ialah dengan suakan muka jam pada api.Tonggengkan dan lalukan jam atas api beberapa kali...insyallah terbakar. Lalu slow sangat terbakar la wak!

Tissot Seastar 660 ini model Tissot yang jelas kepupusan dan mula memasuki gerbang klasik.

 Menggunakan bateri sebagai sumber tenaga dan model ini (masih) keluaran Swiss sepenuhnya.

Jarum-jarum jam sangat unik dilindungi oleh glass kalis calar.

Clasp yang dicipta khas untuk sut menyelam.

Kalau korang bertembung ini di kedai atau di tangan orang jangan pikir panjang...harga cantik terus sambar aje.

Kerana model pupus ni sangat-sangat susah jumpa sekarang.

Kalau terserempak serangga kat hutan badan ada tompok merah tentu kita takut nak sentuh kut-kut ada racun kan? Ituleh isyarat yang dibawa oleh warna merah. Haa serupa le jam ni yang mempunyai racun berbisa.

Dah le berbisa ditambah dengan rupa yang ganas pulak fuhhh...

... ganazzz.
Rasanya sangkut leather pun takde masalah.

TISSO!

2 comments: