Tuesday, December 16, 2014

6105-8110+6105-8000= T-Shirt H4U 2015

Siaplah satu lagi 'wajah' terbaru H4U 2015 yang berupa baju T khas untuk para penternak 'turtle' 6105. Mudah-mudahan T-shirt H4U 2015 ini memberikan kenangan buat pecinta jam khususnya peminat lagenda 6105 Seiko.

 Semalam aku dan kekawan berlonggok secara aman di Restoran Hayat Amcorp bagi upacara penyerahan T-shirt '6105'. 
Maap kepada kekawan semua kerana setia menanti lama.

 Al-maklum le kerana proses 'heat-press' ini agak leceh, perlukan kesabaran untuk menyiapkannya satu persatu. Beberapa proses pecetakan perlu dilalui sebelum design dipindahkan ke baju.

 Biarpun sekadar baju namun kuah-litinya perlu diambil kira. Tak mau garapan konsep dan idea di sia-siakan oleh proses akhir (percetakan)...dan Alhamdulillah akhirnya..

..SIAP err. ('2 spesis 'Turtle' 6105)

 Siap proses akhir pecetakan!

 Harapan aku agar dunia horologi kita yang tak seberapa ini memiliki 'imej' yang ceria dan segar saban hari/tahun...

 ...semoga ia membuatkan korang tambah menghargai dan menyayangi 'turtle' agar ia tak pupus dari kandang koleksi korang.
"SAVE TURTLES!" Kempen selamatkan 'penyu' gamaknya..hehe

 Beberapa otai H4U yang setia dan terus memberikan sumbangan dalam dunia Harulogi kita. Syabas! Tanpa mereka sunyilah...meja restoran Hayat ni..

 Duk aku 'berkempen' selamatkan penyu tiba-tiba muncul satu lagi spesis handal Seiko yang juga lagenda lebih 40 tahun dulu.

 SEIKO 6159-7001!

 Tak tertukar caseback model lain ye...hehe.
Itu le kekebalan dan keunikan penyelam 300M ni..Takde chance air masuk belakang.

"Ko berdua kenapa dok termenung! Pi sidai kain!"
Kehadiran 'otai' 6159-7001 itu membuatkan semua spesis 6105 yang berkumpul atas meja terkesima.

 Ish.. spesis apa pulak nih!??

Duk pusing-pusing Amcorp aku ditegur oleh seorang kawan baik. Dari poketnya keluar spesis 'kuda laut' pulak!

 Aduhhh...meliur tengok. Menurut cereta nenek-moyang aku model ni menjadi buruan semua bomoh jam. Sangat-sangat jarang jumpa!

Klasik diver kelahiran Swiss yang juga sangat aku minat...

RADO MK 1! Tahniah yang empunya, kerana sepanjang aku bergelumang dalam dunia jam inilah kali pertama dapat bersua satu model Rado yang membeliakkan mata aku yang keletihan sepanjang petang di Amcorp semalam.

Pulang dari Amcorp aku singgah bertanya khabar sambil menyampaikan hadiah kenangan T-shirt 6105 pada otai Abang Radzi (thetick-thetick.blogspot.com). Lebih 2 tahun aku tak pertemunya sejak beliau menyepikan diri dari H4U tanahair. 
Penulisan dalam blognya menjadi rujukan dan diminati ramai peminat jam seluruh dunia, dan beliaulah perintis tema H4U 'HOROLOGY FOR UNITY' yang menjadi simbol komuniti kita sampai hari ini.

No comments:

Post a Comment