Monday, August 18, 2014

SEIKO KS PALING GEMPAK AKU JUMPA!

 Banyak tektik untuk mempengaruhi pembeli, sesetengah butik jam memperagakan jurujual yang cun melecur (pipi merah daa), melayan pelanggan dengan tutur kata lembut bersopan, ambil jam di ruang display sambil bersarung tangan (glove) dan diletakkan di dulang baldu... fuhhh ayat tuuu.

 Kalau iman tak tebal memang terbeli le jawabnya. Ini belaku kat kawan aku. Masuk kedai jam konon2 saja nak layan awek jurujual last2 termasuk jerat, terbeli jam ribu ringgit. Kerana beli tak ikhlas agaknya esok dia mintak kawan tolong jualkan jam itu pulak haha..

Sebalinya bagi kekawan yang dah masak sikit dengan pengalaman ancaman utama tak lain adalah keseksian model-model yang diperaga dalam ruang display tersebut. Kalau dah nampak yang berkenan kaki tak mau melangkah balik selagi jam tak ikut balik hehe.

Sebaliknya selera aku tertumpu pada model-model 'tua' pulak. Contohnya KS seksi bawah ni haa..

Seiko KS... Apa tu KS?

KS singkatan KING SEIKO. Keturunan Seiko yang berdarah RAJA la kiranya.

 Dari sekian banyak keluarga KS model 5626-7000 ini antara paling unik di seluruh dunia...waw ayat perasa tambah sendiri ni.

 Banyak model KS menyamai ciri model GS (Grand Seiko) walaupun dari segi harga GS sekali ganda mengatasi KS.

 Jarang-jarang kita jumpa KS indek jam berketul-ketul cam ni.

 Kaki (lug) merupakan ciri-ciri tradisi GS.

Begitu juga pada cop emas belakang dan crown. Belakang tulis amaran 'Masuk ikut cermin', sebab belakang katup abis!. (Tarikh lahir jam November 1969)

 Tapi menariknya untuk menyelaras regulating lever kita tak perlu buka jam, hanya pusing punat skru yang sedia di antara lug nampak? Fuhh tak pernah2 aku jumpa sebelumnya!

 
 Aku kenakan tali kulit coklat sebelum memakainya buat teman ke bilik mesyuarat.

Sedang mesyuarat mata aku tak tahan, asyik belek ini aje hehe.

Segak menongkah masa biarpun berusia 45 tahun.

 Memiliki ciri-ciri 'GRAND', ini membuatkan kebanyakan model serupa ini memiliki nilai-nilai ekslusif gitu.

 Potongan lug rata dan runcing di hujung.

Tali brown ok gak... Esok aku nak try sangkut tali buaya pulak, err mana nak cari buaya aahh?

 Rasanya inipalin sesuai.

 Lume jam ni agak unik, korang tengok sendiri mana munculnya cahaya.

 Antara model Seiko paling sedap ditangan.

 Redup dan selesa!
Seiko KS: Sisa-sisa sejarah> http://s30s40.ocnk.net/product/221

No comments:

Post a Comment