Tuesday, May 20, 2014

"Lekaslah kau pulang Aduka! Selagi kau disini gelisahlah keris ku di pinggang"...

 ...Begitulah kata-kata sang pendekar memberi amaran sterunya dengan bahasa penuh sopan. 

Sebetulnya aku teringat cerita keris 'terbang' zaman kanak-kanak dulu haha.

Masa aku darjah 2 dulu ada sorang kawan sekelas namanya Azhar. Tiap kali waktu rehat dia  ngecek makanan kekawan. Dia ni bukan orang susah pun tapi bapak dia yang kedekut. Suatu kali dia ngecek makan kat aku, aku kasi la. Sehari demi sehari perangai dia makin menjadi-jadi, kali ni dia berani pinjam duit aku pulak. Dari 20 sen bertambah jadi rm1.40, masa tu jumlah ni besar wei. boleh makan nasik lemak 3 kali. 

Bila aku tuntut hutang dia mula berdalih dan sebut skrip baru, katanya "Aku bayar ko dengan satu keris, nak? Kat rumah aku ada satu keris hidup, bapak aku simpan dalam almari. Tiap malam dia ketuk2 nak keluar almari mintak makan. Ko nak tak?"
"Aku nak! Tapi tiap malam dia ketuk-ketuk tu mintak darah ka? Takot aku nak simpan la" jawab aku serius.

"Kalau takde darah kasi makan ikan bilis pun boleh" jawapnya serius.
Janji tinggal janji dan akhirnya aku tau dia auta aje haha.

Satu ketika dulu aku membeli sebilah dari seorang penjual barang antik. Bila letak rumah isteri aku pulak risau, takut keris yang aku beli ada 'isi'. Memang itulah juga kerisauan kebanyakan masyarakat keliling. Aku mula terasa pelik terhadap keris, kenapa ada rasa risau nak membeli keris berbanding membeli senjata-senjata lain seperti pedang samurai atau mesingan? hehe.

 Pernah seorang kawan jam yang suka kumpul barangan antik 'diganggu' kerana sebilah keris lama pemberian seorang kawannya, tiap malam ada bayang mistri melekat di dinding rumahnya, sekeluarga jatuh sakit tiba-tiba. Setelah bertemu tokmoh dia dinasihatkan agar memulangkan sebilah keris yang disimpan kepada pemilik asalnya. Alhamdulillah, selepas memulangkan keris tersebut kehidupan mereka sekeluarga sihat dan ceria.

Dulukala apabila sebilah keris siap di tempa ia akan melalui satu upacara mistik bagi menambah unsur kesaktian. Keris-keris ini diberi nama gelaran tertentu mengikut jenis khadamnya. Seterusnya ia menjadi 'keris pusaka' yang dipusakai kaum keluarga. Wallhualam

Apa pun cerita misterinya bagi aku keris adalah tatahan seni yang lahir dari seni, iaitu seni Pencak Silat yang rancak di awal 1960-an dulu. Aku ingat lagi pengalam dulu, sebelum masuk bersanding setiap pengantin di pencak (silat) oleh ramai orang tua! Sekarang seni budaya itu dah hilang tah kemana...






Terbaru! Seiko Baby Tuna keluaran\ Jepung yang tak masuk pasaran sini. Ni barang dah ada khadam jaga ye.

 Di seludup ke Malaysia oleh seorang penternak tegar.

Bersamanya model terbaru Stargate. Kedua-dua...

... dipancu enjin 4R3. Segak dan bergaya!

 Generasi muda Seiko ini bertemu dan bergambar kenangan.

 "TUNGGU!..." (Ishh, suara sapa pulak tu?)

"Atok pun nak tumpang bergambo ye cu". Laaa atuk lagi...

3 comments:

  1. Hahaha bulu ketiak atok tu mcm ketiak Jeghi Vintej je hahaha

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:11 PM

    Tu aku x tau hehe

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:20 AM

    gaya buluh perindu?

    ReplyDelete