Piala Thomas Malaysia tewas pada pencabar baru Jepun, tahniah Jepun!
Dan tahniah juga Malaysia!
Aku teringat di awal tahun 1970-an bila berlangsung kejohanan Piala Thomas maka mulalah kekawan sekampung bersihkan laman untuk buka gelanggang badminton. Ketika itu raket-raket badminton buat sendiri dari papan.
Awal 70-an raket badminton dipasaran diperbuat dari kayu, yang murah sikit buatan China dari buluh/rotan. Lepas main kena simpan dalam 'racket press' supaya tak lembeng. Ada ingat?
Ni hah kawan aku si Ayob, walaupun sentiasa hingusan tapi sikit pun tak ganggu, pahit masin kehidupan dia telan aje hehe, alasannya "Mak aku marah buang hingus merata-rata, nanti orang geli"...pulak? Tapi dia anak kampung yang patut dicontohi sebab rajin bertukang membuat sendiri apa saja barang mainannya.
Dengan parang aku nampak dia tarah papan buat reket badminton. Sebetulnya dia tiru reket-reket papan rakan-rakan dewasa ketika bermain badminton.
Raket papan dibentuk empat segi dengan tangkai panjang berbanding raket pingpong. Tengok peta dibawah...
Untuk lebih cengkaman hulu raket di salut dengan getah tiub basikal.
Kalau dah kemarok musim Piala Thomas tak kira pagi atau petang, tengahari atau ribut angin kami bedal aje sebab seronok main. Gelanggan tanah tak bersimen dengan jaring (net) yang bocor sana sini itu tak kisah. Kerana net berlubang-lubang kekadang kami bertekak samada bola lalu atas atau lalu lubang net haha.
Kita tinggalkan kisah 70-an itu. Hari ni apa kata kita cuba contohi semangat bertukang kawan aku Si Ayob tu dengan membuat peti jam. Time bukak tool...Yahoooo!
Alat-alat yang diperlukan tak banyak. Gergaji, tukul, paku, gam putih (kayu) dan kertas pasir.
Papan kecil 2" X 0.5" dan sikit kayu berukuran setengah inci (untuk sambung dua papan untuk buat bahagian pintu). Potong beberapa bahagian ikut ukuran yang diperlukan.
Dua bahagian penting, 1) Bahagian peti/kotak dan 2) Bahagian daun pintu/penutup. Buat cara mudah aje yang penting potong kayu mesti kemas dan
rata..Untuk bahagian-bahgian tersebut sambung antara permukaan papann yang siap dipotong dengan gam kayu dan lekatkan ia dengan paku.
Ish..apasal tak keluo asap ni? Hehe bersila macam tok bomoh pulak.
Untuk kerja -kerja keemasan memasang engsel dan handle kita buat dalam rumah aje. Buat dengan seronok ye.
Untuk kerja -kerja keemasan memasang engsel dan handle kita buat dalam rumah aje. Buat dengan seronok ye.
Haha..dah siap. Dua ketul Seiko tak sabar-sabar melompat masuk.
Guna mangga digital supaya senang nak bukak peti, tak le susah-susah cari anak kunci.
Selamat mencuba nasib!
Beek, aq smpan dlm kotak kasut je... free hehe
ReplyDeleteGelandangan tu wak. Baik beli tool besi buat simpan jam
ReplyDeleteNostalgia!, main atas court tanah, line guna tali rafia,net rentang aja tali panjang!
ReplyDelete