Friday, January 10, 2014

HANTU B4!

"Betul ka nak jumpa aku pukul 11.00 malam kat Sungai Buloh?" Balas sms aku pada seorang kawan jam yang nak jumpa aku pada malam itu.

"Boleh bang, abang kasi alamat aje" jawab smsnya. Aku rasa dia ni tak pernah masuk jalan ke taman perumah aku ni yang tak sama susana siang berbanding malamnya, jalan ke mari melalui jalan Estate yang gelap dan menyeramkan. Pernah sekali dua orang kawan yang nak jumpa aku tengah malam  terpaksa bepatah balik kerana jantung goncang selepas melepasi sebuah kuil dan kubur hindu dilorong masuk itu.

"Baik le, kalau ko nak kemari jugak malam ni jangan lupa pakai pampers ye" jawab aku. Maklumlah dia naik kapchai sorang-sorang tengah malam. 
Errr...Kalau cam tu esok pagi aje le kita jumpa bang" Bila dengar kena pakai pampers dia terus membatalkan hasratnya haha.

Hantu di basement! Korang pernah bersua?
Berlaku beberapa tahun dulu ketika aku pulang kerja jam 1 pagi. Aku parking kereta di basement bawah yang suram dan lengang kerana sebahgian lampu disitu dah dipadam sementara hanya beberapa kereta aje yang masih di kawasan parkng yang luas itu.


Ketika aku mengambil selekoh keluar lampu kereta aku tersuluh satu lembaga berbulu yang duduk mencangkung disebalik tiang (tengok imej dalam bulatan). Bila kereta aku terlajak melepasi tiang tersebut aku cuba melihatnya melalui cermin sisi, tapi keadaan disudut itu gelap.

Sebetulnya banyak kejadian seram yang diceritakan pada aku di basement parking ni. Pengawal keselamatan bangunan yang meronda di sini menceritakan bahawa 'lembaga' itu kerap bermain 'nyorok-nyorok' disebalik tiang-tiang di basment ini. Nampak ada orang lalu di sebelah, tapi bila suluh ia hilang disebalik tiang.

 Black Samurai! Model Seiko diver ini semakin menjadi buruan sesetengah penternak Seiko.
Kini harganya dipasaran semakin menyaingi Seiko Sumo Japan! 

 Walhal ianya dipancu jentera 7S35 berbanding Sumo 6R! (Bukan 4R).

 Memilikinya satu kepuasan kini, Jika RM1.6K korang boleh beli jam-jam berjenama yang banyak dikedai, tapi Black Samurai ini memberikan kelainan tersendiri.

 Nampaknya Black Samurai mengatasi populariti Sumo dan model Tatinumnya.
KOLEKSI WAJIB!

3 comments:

  1. Nasib baik ko yg dtg rumah aku bkn aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:01 AM

      Haha...kalau dtg mlm jgn pandang belakang.

      Delete
    2. Anonymous1:04 AM

      T.syed. dulu jln masuk sini mmg seram. Gelap n sunyi, dahan2 pokok kirikanan jalan tutup penuh jln.

      Delete