Tuesday, December 24, 2013

H4U 20!4 SEPCIAL EDITION ILHAM KUFI

 GEMPAK! SAMPLE BAJU H4U PERTAMA SIAP...


 
Imej blur sikit (Gambar dari kamera tersembunyikkk).

Monday, December 23, 2013

TOYOL WADEMAN !

 Lama terperap dalam kotak, akhirnya...

 Dalam ia mengukur detik waktu rupa-rupanya ia sendiri hancur dikunyah waktu. Beginilah kehidupan dunia ada pasang ada surut, ada kembang ada kecut dan reput... Kita layan cerita kurafat dulu...

Korang tau TOYOL? Badan kenit tak tutup aurat, sana sini telanjang bulat. 
Dolu-dolu jika berlaku kehilangan duit secara misteri maka tok bomoh akan tuduh itu angkara toyol. Hanya hilang duit aje, tapi kalau hilang motor itu aku tak pasti...

Modus operandi toyol ni mudah aje, ia akan mulakan operasi pada waktu malam, dan kalau jumpa duit dia tak kebas semua. Dia kebas sebahgian duit yang dijumpanya dan meninggalkan sedikit baki recehannya, misalnya kalau RM30 dia kebas RM10 aje. Mungkin dia ambil bahgian yang 'halal' aje kut?

 Ternak toyol boleh jadi kaya ka? Itu bergantung kepada prestasi (KPI) toyol jugak, kalau dapat toyol pemalas serupa tuannya...

 ...maka terpaksa le tuannya rendam maggi aje.

Macam bela ayam dan itik jugak maka bela toyol untuk menambah side-income aje.. kut?
Kononnya setelah penat buat 'operasi' toyol balik ke rumah dan menghisap ibu jari kaki tuannya, dia hisap darah kat situ aje sebab hisap tang lain tuan dia tak tahan geli.

 

Mana nak dapatkan toyol? e-bay ada? 
Menurut cerita orang dolu-dolu toyol dibawa masuk oleh sebilangan kecil jemaah haji dari Mekah...naauzubillah. Di katakan dalam Masjid Haram berdiri satu tiang besar bernama 'Tiang Jin'. Mereka yang berhajat memiliki toyol (khadam) akan memeluk tiang tersebut secara membelakangi tiang sambil membaca beberapa mentera (peluk aje,tak payah panjat). Kerja kurafat ni dilakukan pada tengah malam...ishh seram.

 
nak buat kerja maksiat dan kurafat pun kena ada ilmunya, kalau salah 'khadam' lain yang dapat, lagi bahana!

Mereput, satu masalah jam yang berunsurkan plastik atau getah.

Selain rekahan satu tanda pereputan plastik/getah ialah 'melekit' bila disentuh.

Lekit itu datangnya dari cairan yang ujud dipermukaan (luar/dalam), nampak? Pada tahap serius cecair likat muncul dicelah rekahan dan  boleh dihancurkan terus dengan jari aje.

Tapi Casio Wademan Limited Edition ini hanya bodycase sahaja yang mereput, sementara strap dan bahgian lain masih utuh.

 Dengan rasa seronok aku baraikan satu persatu...

Setelah ditoggelkan nampak sisa cecair kimia pada permukaan dalam.

Rasanya model2 awal 2010 tidak lagi menggunakan plastic/rubber sepenuhnya, sebaliknya ia menggunakan risin/silicon ruber yang lebih lembut dan lasak.

Model limited ni! Tak silap aku brharga rm1200 ketika dibeli dulu.

Toggel macam TOYOL!!

Apa strap yang sesuai? Ini ok kut...

Kurang segak la.

Aku sarungkan tali Seiko military, nampak lagi samseng.

Bezel kompas dari logam titanium, jarang2 jam gunakan logam ni.


Rupa tatinium sikit gelap dari st.steel.


2 hari tangan aku bergaya dengan Wademan yang dah ditoyolkan ni. Kelainannya membuatkan seorang rakan aku perasan dan bertanya.."GANAS BETUL JAM NI. JAM APA NI?"

Memang Ganas!

Tuesday, December 17, 2013

ILHAM KUFI DALAM PEMBIKINAN!

Sementara menunggu T-shirt siap apa kata kita berhibur bersama DOXA...

 Err.. Alangkah indahnya pemandangan nun jauh disini...errrr

 
 Antara model diver yang menjadi impian aku sejak berkecimplung dalam dunia haru ini.

 Kepada kekawan semua aku ucapkan berbanyak terimakasih. Disana maupun disini kita dalam H4U, Horology For Unity/Ukhuwah!

Saturday, December 7, 2013

T-SHIRT H4U 2014 VERSI 'KUFI'! (Tempahan dibuka!)


Salam berbahgia  kekawan Horologi semua.
Musim hujan datang lagi. Mendengar titik2 gerimis hati tenang sekali. Teringat masa dolu-dolu, bila keliling rumah penuh air (banjir) budak-budaklah paling gumbira, kerana dikala itulah mereka berpeluang main air puas-puas haha. 

Dolu-dolu, bila halaman rumah banjir kucing-kucing aku terpaksa buang air besar dalam rumah (berak laa..haha). Emak aku pulak memang pantang sangat kalau terserempak dengan selonggok taik kucing dalam rumah, semua kucing akan dipersalahkan...dan tak terkecuali aku. Terpaksa le aku  cuci.

Kalau nampak depa berlonggok penjuru rumah itu tanda depa nak 'tabor'...hah ingat tu. Jangan terpedaya dgn lagak-lagak alim depa tu.

ILHAM 'KUFI'

Dikala aku menikmati gerimis senja tiba-tiba tempias setitik air ke mata, lalu terdetik dihati untuk memikirkan bagaimana wajah baru Horologi menjelang 2014. Lama aku termanggu lalu pandangan ku terhanti pada sebuah bingkai kosong di dinding!...Aku teringat seni khat 'Kufi'.

'Kufi' yang kini mula dikenali di Malaysia  sebenarnya telah muncul ratusan tahun dulu dimana huruf/abjad dibentuk dalam garisan lurus dan bersegi. Bahkan disebut bahawa teks awal kitab/alquran ditulis dengan Kufi.
Perkataan KUFI diambil dari nama KUFA, iaitu sebuah tempat di Iraq. Dimana pada zaman kegemilangan Islam Kufa menjadi medan seni Islam yang terunggul. Ayat-ayat suci Al-Quran yang menghias dinding dan kubah-kubah masjid ditulis dengan khat Kufi, dari situlah seni Kufi berkembang ke wilayah Islam yang sehingga ke Turki/Othmaniah. Namun begitu mengikut sejarah gaya ‘Kufi’ juga muncul dalam tulisan RUMI.

H4U gaya seni 'KUFI'

Gaya 'Kufi pada 'jam' H4U. (13.5cm x 5cm)

Ini pula 'Kufi' pada tema 'HOROLOGY FOR UNITY..!' (10cm x 10 cm)
Kedua-dua design H4U 2014 versi 'KUFI' ini bakal aku abadikan pada T-shirt hitam dan dicetak di depan dan belakang menggunakan teknik 'heatpress' yang lebih kemas hasilnya berbanding teknik biasa 'silkscreen'.

Untuk menambahkan nilai ekslusif  logo (3 warna: 3.5cm x 6cm) 'SPECIAL EDITION H4U 2014' dengan logo asal H4U (2010) dicetak di lengan kanan (Lihat visual di bawah). Ini aku buat untuk buat kesenambungan wajah lama dengan yang baru.

 Semua 3 grafik itu akan dicetak pada T-shirt 'Oren Sport' (180gsm) berwarna HITAM seperti visual diatas dan....

...Kepada kekawan yang ingin memiliki T-shirt ini boleh menghantar tempahan sekarang. Hanya 60 helai sahaja.

CARA TEMPAHAN:
HARGA: RM45 (COD/termasuk pos)
WARNA: HITAM
SAIZ: S, M, L, XL, XXL
CARA TEMPAHAN: Bankin ke Maybank ac. 114011119462 (Hassan b. Bahri) dan sms alamat penuh ke 0123939084.
TARIKH TUTUP TEMPAHAN: 15hb DISEMBER 2013 (tertakluk pada perubahan)