Monday, October 14, 2013

JIN!

Semua bangsa di dunia percaya kewujudan jin! Tafsir mengatakan mambang ghaib ini mentadbir bumi sebelum manusia lagi. Bahkan ada pendapat golongan jin juga mendiami di planet-planet selain bumi.

Kerana perbezaan alam maka jin tidak boleh berhubung dengan manusia secara langsung melainkan  melalui satu upacara mistik yang disebut 'menurun'. Dulu-dulu kala tok pawang atau bomoh menjadikan jin sebagai pembantu (khadam) dalam kerja-kerja seperti pengobatan, santau-menyantau, perisikan, pekebunan, guard dan bermacam-macam lagi. 

 "Pulut kuning ayam panggang ada bawak?" tok bomoh
"Pulut kuning dengan ayam kfc ok tok?" Usop
"Ayam kfc takpe, ayam masak merah je mambang takot nak bedal, takut cirit katanya hehee" tok bomoh.

 Sungguhpun begitu ada sebilangan jin yang handal mampu menjelmakan diri tanpa melalui proses menurun. Biasanya mereka menjelma dalam bentuk fizikal seperti manusia, ular, biawak, lipan dan beberapa haiwan berbisa lain.

 Menurut kata orang lama ular dari jelmaan jin bergerak tak seperti ular sebenar yang melengkarkan badan ketika menyusur, sebaliknya ia bergerak dengan badan lurus (tengok peta atas). Dan menurut petua lama, jika terserempak ular berbisa didalam rumah jangan terus di bunuh, sebaliknya kita perlu memberikan dia amaran (keluar) sebanyak 3 kali, membunuhnya tanpa memberika amaran akan terjadi balas dendam.

 Jin juga berupaya menjelmakan diri dalam bentuk haiwan lain seperti ikan. Biasanya ikan jelmaan (jin) boleh dikenali dengan salah anggotanya yang menyerupai anggota manusia, contohnya mata ikan berbulu seperti mata manusia (tengok peta diatas). Jika korang terkail 'ikan' seperti ini baik balik aje.

Dengan ilmu jin (sihir/ilmu hitam), manusia juga boleh bertukar fizikal menjadi haiwan bagi tujuan penyamaran, di sebut sebagai haiwan 'jadian'. Pernah berlaku kecurian disebuah kampung sehinggakan para penduduk berjaga setiap malam. Berminggu-minggu kawalan diadakan setiap malam tapi kecurian masih terjadi. Pada suatu malam pengawal kampung menghambat seorang lelaki yang mereka syaki.

Ketika mereka mengepung kawasan bersemak tempat lelaki itu bersembunyi, alih-alih muncul di situ seekor babi! Mereka terkejut dan berasa pelik, namun tambah mengejutkan ketika mereka menyuluh muka babi tersebut terlihat gigi babi tersebut serupa gigi manusia! Kisah ini penah tersiar disebuah akhbar sekitar 70-an dulu.

 "Tanduk sampai ujung ekor seketul macam kambing, tapi tang 'situ' member kita tu kantoi wakakaa..."

Kejadian pelik berkaitan jin!
Pada tahun 2001 berlaku kejadian pelik ketika kawan aku berpindah rumah. Setelah melalui beberapa trip mengangkut barang berlaku suatu kejadia pelik pada trip terakhir. Lori perlahan walaupun pedal minyak ditekan seolah-olah membawa beban yang sangat berat padahal lori hanya membawa sofa dan almari sahaja. KABOMM! tiba-tiba dua tayar belakang lori meletup. Meskipun rasa pelik namun ketika itu dia tak mengsyaki apa-apa.
 
 "Haiya..Loli tayar picah!"

Namun beberapa hari berpindah kerumah baru itu bayinya pula menangis kuat tiap-tiap malam, berbagai cara untuk meredakan namun gagal, sehinggalah pada suatu malam dia terasa 'ada sesuatu' yang di dalam rumah tersebut. Letih dan berang dia terus jerkah sorang-sorang... "JANGAN KACAU RUMAH AKU! RUMAH SEBELAH KOSONG, PERGI KO PINDAH SANA! " ketika itu rumah sebelahnya masih tak berpenghuni.

Alhamdulilah.. setelah itu bayinya tidur lena dan tak menangis lagi. Beberapa minggu selepas itu sebuah keluarga menyewa dirumah tersebut. Tiap malam dia terdengar bayi jirannya pula menangis tiap malam...

Habis cerita pasal JIN sekarang kita alih tajuk pasal JAM pulak.

MIIK! kalau google MK II apa yang terpapar ialah...
..Mark II, kereta kebal British dalam Perang Dunia Pertama (WWI). Kereta kebal ini bergerak terlalu perlahan dan kerap terbenam kerana terlalu berat,

Tak pegang maka tak cinta, begitulah aku ibaratkan ia.

Jika dilihat mata ia kelihatan biasa aje, tapi bila sangkut tangan masyallahh... berat padu st.steelnya begitu terasa di tangan!

Banyak jenis jam aku pegang dan aku timang, tapi MIIK ni terasa bezanya.

Klasik dan paparan dial ringkas dan sangat kemas, mencerminkan keunggulan kualiti.
 











Terimakasih rakan-rakan H4U (Iqtar, Fahmi, Azrul, Zach dan Azam) yang sudi berkongsi rasa di Amcorp kelmarin, dengan pertemuan sebeginilah kita berpeluang bertemu koleksi yang pelik-pelik milik rakan lain.

Kepada rakan-rakan semua aku ucapkan Salam Aidiladha! 
Semoga 'Qurban' kita diterima Allah.

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Bathin San. Masa ko kat amcorp aku dah balik huhu

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:28 AM

    kwan aku kat sabah dulu lagi hebat jin beina syok kat dia dah la tu gila seks pulak, tal larat aku katanya... tapi bila dia dah kawin baru la jin tu tak kacau...kisah benar ni..

    ReplyDelete