Tuesday, July 30, 2013

DODOL! DODOL! DODOL!

 Bukan saja durian, malah dodol juga merupakan juadah bermusim, iaitu ketika Aidilfitri sahaja. Era 1970-an mengaul dodol merupakan 'acara' wajib bagi kebanyakan orang kampung. Dan uniknya rasa dodol di setiap rumah berbeza!

Memasak dodol memang kerja berat. Serba serbinya berat belaka, tu sebab tugas mendodol digalas diperut kaum lelaki...(maaf) dibahu kaum lelaki. Paling mencabar ialah menggaul dodol! Tambah berat ketika hampir masak dan likat dimana aksi menggaul perlu dibuat dengan lebih rancak! Fuhh...boleh tercabut tangan!

Kuali dodol yang terlalu lama berkhidmat biasanya semakin nipis dasanya. Pernah berlaku kuali dodol bocor ketika dodol digaul...habisss terpaksalah beraya secara sederhana tapi meriah. (Dulu kuali bocor dicari orang kerana kononnya ada kegunaan dalam kerja-kerja kebomohan...wallahualam)

Untuk membuat dodol yang ranum petua tradisi mesti dipatuhi, kalau ingkar dodol jadi terlalu melekit dan suka melekat. Biasanya melekat dipinggan ketika dihidang, nak makan pun susah kerana ia lekat kat tangan pulak. Dan lebih teruk lagi ada yang melekat-lekat di mulut ketika memakannya. Dodol yang tak cukup masak sebegini cepat berkulat dan tak tahan lama.


Bila bercerita pasal dodol aku teringat si Akob kawan sekampung. Akob ni baik budaknya, tapi mana-mana berjalan dia selalu pakai baju labuh (mungkin baju abang-abangnya). Oleh kerana baju labuh ke lutut maka selalu aje dia tak pakai seluar. "pakai seluar tak ni?" begitulah selalu pakcik-makcik menyakatnya, tapi dia gelak dan tersenggih aje.

Akob ni budak lasak. Ulat, cacing, lipas, katak atau cicak selamba aje dia pegang dengan tangan. Mercun?! tak payah cakap la. Kalau kawan-kawan campak mercun ketika sumbu masih panjang, tapi dia campak bila sumbu dah betul2 pendek! kekadang kami pulak yang seriau tengok adegan ngerinya. Tapi yang tak bestnya dia ni kerexxx..

Tapi pada malam tujuh lekor mercun yang dibakarnya meletup ditangan..

Kebah habis tangan dia! Kesian kami tengok kerepot muka dia menahan sakit.
Tanya dia kenapa tak lontar mercun cepat-cepat!
"Aku dah lontar tapi mercun lekat tangan, tak mau pegi...." jawabnya
Bila dia tunjuk tangannya nampak sisa dodol yang dimakannya masih melekat-lekat di jari...
... "Padan laa.." jawab aku.

Kepada kekawan semua aku ucapkan Selamat memasuki 10 RAMADAN terakhir. Semoga ibadah puasa kita mencapai ganjaran rohani iaitulah LAILATUL QADAR.
 

No comments:

Post a Comment