Friday, April 12, 2013

SEIKO 'CARAVANSARY'

KITARO CARAVANSARY (Dipersilakan Klik dulu)

Kalau tak diwarnai, kehidupan ini bagaikan kertas putih yang langsung tak menarik lagi berharga. Itulah yang selalu aku fikirkan sebelum mewarnakan sekeping kertas putih. 
Begitulah alam dan kalam yang saling berhubungan dan melengkapi. Maka tanpa kalam bagaimanakah rupa alam ini? Tentulah ia seperti sehelai kertas putih yang tandus...

Manusia, mahluk paling sempurna yang acap kali gagal untuk jadi sempurna. Umpama kertas putih mereka juga mempunyai warna-warna tersendiri, ada kala mereka diwarnai, dan ada kala mereka mewarnai.

Hitam/putih/merah bukanlah sekadar warna, hakikatnya ia adalah MAKNA.
Makna bagi SEIKO SPORTS 150, sebuah mesin penghidu waktu.

 Sebelum itu... Sejak Operasi Daulat di Lahat Datu minat putera-putera aku pada senjata api tambah berapi-api. Dah berpuluh-puluh senjata mainan aku beli semua punah jahanam. Maka cuti sehari kelmarin aku buka semula peti tukang yang dah 8 tahun tertanam. Lama tak bertukang lalu aku kutip papan merempat untuk dikerjakan.

Alat-alat penting nak buat senapang kayu ini ialah: Sekeping kayu, gergaji dan sebutir...

 SEIKO ALAM CHRONOGRAPH...haha

Casio digital itu memang melacak disini tapi Seiko DIGITAL korang tak pernah jumpa kan?

Model G139 pernah berkeliaran di pasaran luar sekitar 1984-1999.

 Dan selepas dari itu spesis digital ini terus senyap dibelasah saingannya Casio.

Namun kini model Seiko digital ini semakin di rindui oleh para pencintanya.

"EHH! SEIKO ka nih? Aku ingatkan Casio tadi!" kawan aku terkejut bila tengok dekat model digital ni tulis SEIKO. Aku tak salahkan sesiapa atas kesilapanya tu...

Maklumlah, lebih 2 dekad kita disogok dengan nama CASIO membuatkan kemunculan model ini menjadi satu kejutan pula.

 Sebetulnya model Retro chrono digital ini adalah saingan dari jenama Casio dan Citizen yang juga mempunyai type serupa ini. Tapi sayang hanya sikit saja dari Citizen dan Casio yang masuk Malaysia dan ada yang tak langsung.

 WR 150m membuatkan model ini selamba terjun kolam atau bersukan.

Bulat, adalah ciri yang aku minat.

Ringan dan aku rasa lebih teruja bila menyarungnya berbanding Casio.. emmm jangan marah

Lihat bawah, 4 butang tekan dan 3 darinya berwarna merah dan cantik bentuknya
.SEIKO CARAVANSARY?
'CARAVANSARY' adalah bunyian menarik hasil lakaran pemuzik terkenal Jepun, Kitaro... Aku abadikan nama itu pada model yang hampir terpadam ini.

Dari papan yang tak berharga dan berupa kini siap dah dua laras senapang kayu yang cantik menarik, tejemahan dari alam dan kalam.

Ayuhhh kita bertempur!

2 comments:

  1. Beek, kitaro bukan klasikal ke... ni sporty dan ganas hahaha

    ReplyDelete
  2. kira sports klasikk la haha

    ReplyDelete